Showing posts with label persepsi. Show all posts
Showing posts with label persepsi. Show all posts

Friday, March 11, 2011

persepsi: “May the best man win” dalam percintaan

Assalamualaikum semua.dan hai blog! da lame da membiarkan jari2 aku menari atas keyboard little mary ni. dalam suasana petang yang agak2 kelam ni.sambil menunggu giliran mandi dan melayan lagu Bahgia by Hujan, aku nak share sesuatu yang lama berbuah di benak aku. “may the best man win”: siapa yang tak pernah dengar ungkapan ni kan.selalu digunakan dalam persaingan antara manusia (sebab aku baca man dalam phrase ni bermaksud manusia, bukan lelaki). tp paling kerap sekali orang akan guna phrase ni dalam percintaan.and..i really fuckin hate that. sumpah tak suke ataupun budak2 sekarang tulis “ta suke”.(HAHAHA).

KENAPA AKU TAK SUKA?

sebab aku x suke la..ha3..xde la..mesti la ade reason.macam selalu. okeh. aku malas cerita banyak.korang try bace cerita ni.

CERITA A

cerita ini dimulakan dengan kisah sepasang kapel. mat A ngan Minah B. diorang ni mmg kapel yang sgt2 sweet….bak kate orang suwwwiiit sgt~ ha3. mmg diorang ni kapel yang memahami la..pening sakit sume taw je. saling mencukupi.pendek kata A x cukup.B tambah.mmg perfect la..pastu pada suatu hari, muncul mat C yang sgt hensem, romantik dan bla3. si B jatuh hati pada mamat ni…semunya jadi xkene. last2 terkebil2 la mamat A ditinggalkan Minah B akibat ke”perfect”an mamat C

CERITA B

cerita ni nyer setting kat afrika.korang pernah dengar x alpha cat? alpha cat ni ialah kepala kepada satu group singa atau dubuk. diorang ni paling kuat dan yang akan mempunyai pasangan. yang laen xkan ade can. katakan dubuk jantan A dan dubuk jantan B ni da sampai musim carik pasangan. mana2 pasangan yang akan lebih kool atau kuat akan dipilih oleh sang betina.

Compare la dua cerita ni. dapat persamaan? x dapat baca lagi 2 3 kali.x dapat gak.xpe la

mende ni pernah jadi kat aku. bukan la gf pon.tp da rapt2 da..n aku pun da bgtaw da perasaan aku kat die.aku suka sgt kat die. tp disebabkan dia ada yang lebih baik.aku nekad je la..babai babe. he3. aku bukan la uncivilised mammal yang akan berebut pasangan…lagi pun xpe.satu hari nnt akan ada yang akan suka aku pada siapa aku.xyah nak munafik2

p/s: sepanjang join ngan junior kat kem terendak ni.ade sorang yang menjentik hati aku. tp xpe la.aku xnak dulu.abaikan dulu.kamon faiz! anda boleh! tp azrul jahat.die nak jugak

p/s/s: aku harap xde gay yang masuk bog ni bising2 aku compare binatang ngan manusia. itu analogi je. abes tu dengan apa aku nak compare lagi? selipar? selipar pun ade pasangan.kalo x suke.sile pangkah.TQ

Wednesday, February 23, 2011

Persepsi: Kita dan Sunnah Rasulullah SAW

assalamualaikum

MuhammadurRasulullah-1

sempena sambutan Maulidul Rasul yang baru je lepas minggu lepas, aku nak kupas sket tajuk kat atas ni. sebagai umat Islam, memang kita memandang tinggi kepada rasul kita. Pesanan dan tabiat Rasulullah turut menjadi ikutan dan tauladan kepada kita. Tapi, dalam keadaan hari ini. kita boleh tengok beberapa tabiat orang kita (Melayu Islam) yang mempunyai tabiat berbeza – beza dalam penghayatan sunnah Rasulullah S.A.W kita (selawat ke atas nabi)

1) Mengikut secara membuta tuli

terdapat golongan yang main ikut je tanpa penghayatan. Sampai dah jadi macam follow member pulak. kita ni manusia, x lari dari kesilapan. mungkin akan berlaku masalah komunikasi dalam beri maklumat. Dapat2 zaman sekarang ni banyak sangat timbul ajaran2 sesat dan juga jarum jarum haus Yahudi. jadi berjaga2 la kita dan elok untuk kita ikut sesuatu sunnah tu dari satu sumber yang betul dan diyakini. Macam2 boleh jadi akhir zaman ni. Kemudahan internet pun dah ada sekarang. ustaz2 pun da banyak yang ada FB dan forum. so tak menjadi masalah kalau kita nak mendapatkan kepastian dalam hal2 seperti ini.

2) Ikut separuh2 atau “double standard”

yang ni memang banyak. antara contoh yang paling glemer dan selalu berlaku dalam masyarakat dan drama melayu ialah ikut sunnah nabi ketika berkahwin. Pastu mesti isteri jawab', “owh, nak kawin ikut sunnah nabi. nak beramal x ikut pulak”. Banyak lagi sebenarnya, bagi aku dengan buat macam ni sebenarnya kita bukan IKUT sunnah nabi tetapi lebih kepada MEMPERGUNAKAN sunnah dan nama nabi dalam mencapai apa yang kita mahu. bagi aku juga, ni salah satu bentuk penghinaan kepada nabi dan sunnahnya. renung2kan lah ye

3) salahguna

yang golongan yang paling dasyat dalam banyak2 golongan. contoh golongan2 yang camni ialah kaki2 multi-level marketing (MLM) yang mempergunakan hadis nabi. diorang kata sunnah nabi 9/10 rezeki datang dari berniaga. tapi sebenar nak pancing je tu. diorang buat skim piramid yang ntah ape2 pastu cakap berniaga. last2 yang kene tipu orang kita jugak.sadis2… ni memang lagi dasyat dari golongan yahudi. jarum dalam daging dan kadang2 yang lebih sadis, peneraju MLM tersebut ialah bukan orang kita. ape nak kisah beb! kerajaan pun x amek kisah.

ni lah antara golongan yang menjatuhkan mata orang islam di mata orang kafir… ini la benda yang pernah dikatakan oleh Raja Petra (http://malaysiakini.com) “musuh orang islam ialah orang islam itu sendiri. inilah golongan yang perlu kita perangi sebelum melawan musuh islam diluar sana”. cuba kita fikirkan bersama2 ayat beliau ni

p/s: aku bukanlah orang alim yang berserban serta ilmu tinggi di dada. tapi again. its just my perception. korang cuba la fikirkan apa yang aku cakap kat atas tu

Sunday, February 20, 2011

Persepsi: Pilihanraya Kampus 2011

hola~ musim pilihanraya kampus..korang perasan x? time ni mula la orang tag nama kita kat calon2 kat FB nung..mula berkempen..kat kampus mula gantung poster sane sini…bersepah2..kalo tetibe kampus ribut lagi la haru dibuatnye…kesian makcik cleaner kene kutip segala..hadoi..

tujuan aku buat posting ni bukan lah untuk nak angkat atau condemn mana2 calon yang bertanding..ha3..tp aku nak bgtaw sket view aku mengenai pilihanraya kampus..
1) masih relevankah?
cuba kita tengok sekarang, ade kat certain2 IPT sebelum pilihanraya lagi previous MPP, lecturer atau pihak HEP telah mengangkat calon feveret diorang… mengikut cerita underground pulak, pemilihan MPP bukan 100% lagi pemilihan dari pelajar sebenarnya. kalau la dakwaan ni tepat…kuasa memilih pelajar bertambah limited..lagi satu..pernah tgk gamba ni?
182684_154603934592961_100001300670562_264920_4171307_n
gambar ni diambil dari sebuah IPT terkenal yang pihak IPT tersebut mengambil langkah untuk menganggu press conference oleh group proM. suara pelajar mmg limited… tak relevan lagi da MPP ni weh… mmg kita duk bawah telunjuk depa je la (admin IPT). xyah la susah susah bersuara kalau ending macam kat atas ni..
2) punca pergaduhan dan masam muka
sekarang ni pilihanraya kampus bukan macam dulu… dulu masing2 akan angkat manifesto sendiri… xde attack2 orang..sekarang ni akibat terpengaruh dengan situasi politik semasa… calon2 MPP kita yg terpengaruh mula memburukkan orang laen… come on geng..x baek lah camni. xdenye nak bawak mati nye gelaran MPP tu sampai nak buruk2an orang. tolong lah jaga adab berkempen. bersederhana lah ye..agak2 bak kata orang. korang nak menghadap bukan sehari… sepanjang pengajian tu~
3) proses pengundian
korang rase proses pengundian tu telus sangat ke ek? kebanyakan yang pergi mengundi tu bukan ikut sgt kempen… pergi mencukupkan syarat je…datang.pangkah.balik… untung lah calon2 yang dalam list duk kat atas2..orang pangkah mana nampak dulu… men hentam je..student2 kita sekarang banyak mende nak kejar berbanding nak pangkah untuk pilihanraya.diorang bz beb… ada tu x turun mengundi pun… and YES! im one of them.
4) pembaziran
yang ni x payah cakap… yang untung nant tokey2 printing and photostat… mmg la x banyak mana n ade IPT yg membekalkan dana kepada calon… untuk berkempen..ade yang wat poster banyak giler..sepanjang corridor…ade yang wat nama kat lereng bukit (peh! dari helicopter bole nampak beb!). ade yang wat button (ni yang bajet lebih la). selain tu ade gak pembaziran tenaga n masa…kamon beb! kite ni student. dapat2 lak pilihanraya selalu tengah2 sem. musim ngah melambak assgmnt n quiz… pastu, korang mest cakap kan..abes tu ko tulis blog ni x buang mase la? hahaha..post ni nak buat 15 minit je beb… rase nak tulis aku tulis… aku malas save sambung esok. x dilupakan kawan aku pernah balik berkempen pukul 2 3 pagi gantung poster dan esoknye ade test.

cukup la 4 point..ade lagi..tp tulis bukan best pn post panjang2… sebagai penutup aku nak tunjuk sket kat status2 kat FB pasal pilihanraya kampus ni...

pilihanraya 1

tgk status kawan aku tuh..masih mengumpul “LIKE” dari rakan2… nampaknya bukan aku je yang terfikir macam ni

pilihanraya 2
okeh..yang ni lak…cuma luahan hati dari seorang pelajar  tentang suasana kempen yang macam mnyusahkan…

kepada kawan2 kat atas sori sebab publish status korang tanpa kebenaran… aku suke amek camni sebab ianya jujur dan bebas… TQ again

p/s: this is not an attack..just a perception..and yes..im not voting for tomorrow… bek aku wat assgmnt yg bapak tinggi menimbun2 dan membaca jurnal2 yang makin hari makin bertambah

p/p/s: post ni bukan bermakna MPP x buat kerja ye..again: its just my perception

Friday, February 18, 2011

Persepsi: Perempuan tak reti masak??!!

OPOCOT!! oi gile ke main jerit2..ha3..
Assalamualaikum sume~ tajuk kat atas ni agak hot la..tp da lame da..jadi tabiat aku untuk wat post pasal somthing bile mende tu da suam2..baru la bole panjang2 kan isu..he3..
memasak..apa itu memasak, memasak ialah kemahiran menghasilkan, membuat atau menghias makanan YANG BOLEH DIMAKAN (ziaf,2010). ade orang kate memasak ni satu skil yg essential atau wajib untuk kaum hawa.. bagi aku pulak..skil memasak ni xde la wajib..at least x sewajib kemampuan seorang lelaki menjadi imam. tu lagi penting beb. bahtera kita bersama ke syurga.InsyaAllah.. okeh! straight to the point..kenapa persepsi aku kata tak perlu sangat
1) perempuan sekarang bukan macam dulu
kalo dulu..kecik2 lagi da kene tenyeh ngan mak.. “ko ni xyah blaja tinggi2..nanti da besar ke dapur gak”. so xleh nak wat pe la.mind setting turun temurun…tapi itu dulu.. sekarang ni pulak ade family yang kite tengok isteri lebih tinggi pangkat dari suami..sama2 pergi keje..same2 penat..same2 tanggung..kan sweet camtu..ek3?
2) bile mase lak memasak tanggungjawab perempuan?
bila seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan,maka semua tanggungjawab berkeluarga terletak pada bahu lelaki itu.dari memasak sampai la pada kebajikan keluarga,menjaga anak semuanya tanggungjawab suami. ustaz ape ek cakap aritu..tanggungjawab wanita ialah melayan suami SAHAJA..tp aku taw perempuan melayu kite xde la kejam nak pass semua kat suami ka..ha3..same2 bertanggungjawab.walaupun suami bertanggungjawab membahagikan tugas kepada ahli keluarga.kan bahagia kalo wat same2.
3) masak sendiri lebih puas (apllicable to anyone)
kepada semua2 xkire la sape2… laki ke pempuan..try la masak sendiri..lebih menjamin kepuasan.. aku kalo datang mood rajin lagi suke masak sendiri..tp wat mase sekarang agak bz dan xde idea nak masak ape..aku start moto g kedai je..ha3. kadang2 tgk lauk kat kedai tensen je..amek ayam seketul da rm5..padahal rm 5 tu tambah sket da bole dapat sebelah ayam da..kepada lelaki2 try la masak sendiri.. memasak nak best bkan perlu bakat pn..dtg melalui pengalaman.ade certain lauk bole men campak2 je da siap dan sedap.
4) manusia tak perfect..kurang satu ade yang lebih..x caye sudah
katekan la pempuan tu mmg x reti masak..die mmg akan ade kelebihan laen..xcaye? aku percaye~ bak kate lecturer aku..bini die pandai pilih kedai..ha3..xpn mungkin die x pandai masak..tp pandai buat kek..yang ni pn aku selalu jumpe..ok ape..xyah la memilih sgt..ingat perempuan komputer ke..semua mest ade da siap dalam programming kene terer masak. btol x kawan2~
p/s: apehal aku punye tulis ni da macam pakcik2 bg nasihat kebahagian rumah tangga ni? xde ah! its just my perception after all..saje terasa nak tulis… sebab lelaki suke gune topik ni bantai perempuan..jahat2

5 keajaiban dalam kehidupan seharian kita

Assalamualaikum semua.. kalian sedar tak. kat keliling kita ade banyak perkara yang ajaib..tp kita semua ego tak nak mengaku diorang ni amazing..bagi aku..ni antara 5 perkara paling “megik” dalam hidup aku

1)Facebook

kita guna facebook hari – hari..aku kamu dia mereka..semua guna..tp kita perasan tak proses yang terlibat dalam facebook ni..paham? xpaham? okeh..contohnye begini..housemate kita post status yang kelakar tahap lembu..kita click “LIKE”..tahukah anda..keseluruhan proses tu macam ni..bile kita click like..data akan bergerak dari laptop kita terus pergi kat router. pastu dati situ akan ke server ISP kita (contoh TM Malaysia). pastu akan travel beribu2 batu ikut kabel bawah laut atau satelit terus ke salah satu daripada 20000 server FACEBOOK kat US (lokasi rahsia). data tu di proses oleh server (part ni tanye budak IT..he3). pastu notification tu bergerak balik ke laptop kawan kita yang berada x bape langkah je dari kita. walaupn benda tu simple tapi sangat kompleks..amazing kan?

2) Petroleum

tahukah korang..dari zaman dinosaur dulu.. dinosour2 tu mati sebab cuaca yang ekstrem dan meteorit or whatever.. pastu tertimbus bawah tanah… selama berjuta2 tahun.. jadi bangkai, pastu jadi fosil pastu last2 jadi petroleum (berjuta2 tahun tu!)… kemudian manusia jumpa, buat satu oil rig or pelantar minyak, sedut, hantar kat pusat penapisan dan last2 masuk dalam kereta or motor kita dan habis kita bakar dalam seminggu..kagum tak?

3) seni & cetak rompak

kita tengok orang wat cerita atau filem punya la susah2..ada yang makan setahun..ada yang makan 2 3 tahun.. tapi tokey cetak rompak cuma amek seminggu untuk copy-paste-burn untuk wat illegal copy dan sampai kat kita, kita cuma ambik masa lebih2 3 jam untuk habiskan..dasat gile..kerja bertahun untuk kepuasan penonton selama beberapa jam..

4) Drama Indon a.k.a sinetron

sekarang ni Malaysia demam sinetron..sampai selalu aku pun terpaksa berebut remote sebab nak tgk mythbuster..sinetron ni ape yang best nye pun aku xtaw..orang kata x suke tengok cerita melayu sebab jalan serita yang typical..aku tgk sinetron same je..sedih2 sampai ending.kadang2 dah boleh agak..pastu lagi satu orang cakap cerita melayu berjela2..wtf? aku tengok sinetron tu lagi la..episode x maen belas2..maen ratus..ha3..contoh INTAN = 120 episode..gile ko!!hahaha. banyak gile tu..so kesimpulannye aku kagum camne boleh demam sinetron dasat cenggini..

5) merajuk

perempuan merajuk lelaki kene pujuk..tp katakan la kalo lelaki merajuk (just in case..lelaki pun manusia). jawapannye senang..awak lelaki..mana boleh merajuk..dan kemudian diabaikan sehingga lelaki kene pujuk balik..ha3..kalo lelaki jenis kayu or malas pujuk..berlarutan la selama beberapa hari or mungkin makan minggu. bergantung pada cuaca dan mood.hak3

p/s: okeh..aku tulis sebab aku rase mende2 kat atas sesangatlah “emezing”.xde niat nak attack sape2 ok

Friday, January 28, 2011

muka lawa...tp...

assalamualaikum, salam pembuka bicara..wee~

amaran: post ini sesuai untuk mereka yang mempunyai mental yang kuat sahaja.hahaha. bahasa yang digunakan adalah tidak ditapis..
cerite bermula begini..pas maghrib td mak aku call

"along, balik hari ape, nek pe?"
"balik ahad kot, nek moto"
"ei..jgn la nek moto, jln sibuk"
"err..ok..tgk tiket la t ye"

aku pn pe lagi..siap2 pakai sweater harimau malaya yg baru aku perg semalam, start moto, jalan g Klang Sentral.. jalan jem segala tak payah cerita la..sendiri paham ye..ha3..jalan Meru mmg len mcm die pnye jem.

ok.diteruskan cerita, kita forward trus cerita ak sampai kat kaunter syarikat bas xxx

ak sampai je tgk sorang makcik tgh nak beli tiket

"dik, makcik nak beli tiket melaka, hari isnin ni"
"tarikh makcik"
"err..isnin ni.. la dik"
"TARIKH MAKCIK! TARIKH! kalendar depan mata tu. saya ade lekat"
"hmm..mak cik x reti baca la dik"
"hmmm..(mengomel2 cam sampah, kalo aku dengar da kene shoot da..he3)..ni ha.. 31 hb eh?"
"ye kot dik..tp mggu depan la"
"nah..RM17.00"

kesian aku tengok makcik tu terkebil2 ambik duit..kuang hajo tol pempuan tu..tp ak sabar je..wat xtaw

da sudah lepas tu aku sempat senyum kat mkcik tu..serius ak simpati gler..ak harap mak ayah aku da tua x payah nak nek2 bas mcm tu

ok.. skang main point...da sampai turn ak..ak niat saje nak repeat macam makcik tu cakap td

"assalamualaikum kak, sunyum (mmg ak sebut sunyum..bajet comel) sket"
"ye dik..nak ape?"

sambil die jeling aku..hahaha (dalam hati aku macam nak..tggu lame ckit)

"tiket g mane?"
"melaka, isnin ni"
"tarikh?"
"aaa..isnin ni" (sumph ak tahan gelak time ni)
"TARIKH dik TARIKH!!"
"aaaaaa....31...eh..jup...28 kot..kak kalender ni kecik la kak"

die jeling ku lagi.hahahaha

"err..ok..komfem kak 31 hb, melaka eh"
"hmm..RM17.00"
ak serah duit rm 50.. die bagi baki...sempat pulak angkat kol...xpe2 beb professional..sabo ag

last sekali..
die campak duit baki
aku ulang
die campak duit!! omg!! my pantang no 43. sorry babe, u have pull my trigger..hahahaha

"kak nama ape kak?" aku tengok kat kad nama die. pastu " oooo...cdknasd binti aksjdka...xde pn saya nampak nama bapak akak kat signboard counter ni...xyah la nak berlagak sangat..jual tiket je pon..aku bkan mintk ko layan kitorang ni macam raja pn..cukup la hormat sesama manusia.. jngan sampai sok kene makan kerusi..saya ni kire ok la..cakap2 je..huh~  ko tu xde la besar sangat..setakat single report dari customer je ko da bole kene buang...ko tahu siapa ko..pls la cuba respect org"..

aku amek duit..bla je trus

hahahahaha! ramai pandang...what the heck i care~ it just another drama kan..hahaha..melayu kn full dengan drama...

p/s: hahaha..padan muka ko pompuan..kuang haja sgt~

Monday, January 24, 2011

apa maksud phrase "SAYA tahu siapa SAYA!" di mata aku

hai!..er..assalamualaikum..hu3..da terbese..

"SAYA tahu siapa SAYA!"
ok! ape korg faham ngan phrase ni? bagi ak ade beberapa maksud..antaranye

"SAYA tahu siapa SAYA" disisi Allah
okey..yang ni aku tahu semuaa org dapat tangkap maksud ak. kita sebagai hamba Allah sepatutnya menjalankan semua perintah tanpa sebarang bantahan. jgn lawan tokey!hu3

"SAYA tahu siapa SAYA" dalam hati saya
okey. yang ni paling ak suke..dulu aku slalu pk ape org kata, ape org pandang ak, sekarang tidak lagi.ha3..ak tetap wat satu mende tu biarpu menentang arus. minat aku tetap minat aku. xde siapa bole tahan (well, faktor ekonomi xleh nak kate ape la -.-".hu3). aku tak peduli dah kata orang. cara aku tetap cara aku..kecuali la da mmg salah..hahaha..kalo wat gak tu namenye mintak pelempang. bagi aku kenapa nak ubah cara kita kenapa pandangan orang pastu end of the day.menyesal. x gune maa~

"SAYA tahu siapa SAYA" di mata masyarakat
yang ni lagi satu. pemikiran aku agak radikal. Tak suka bermaksud tak suka. aku akan tunjukkan sehabis boleh at least dengan jelingan mata (da habis lemah la tu..ha3). dan kalo da jahat macam aku ni, paham2 je la..kene la tahan feedback die. orang mest x suka pastu ngumpat belakang.ok fine! lebih2 pun orang akan cakap belakag 2 3 kali.pastu senyap balik, nak risau ape bro? lagi satu, dulu aku x suka orang tpu aku..sekarang? lantak kau la! kate da single tp maseh kapel (oppss~ terlebih suda.ha3) dan aku lebih suka bergantung pada encik google untuk segala persoalan..tp kalo da pasal assgmnt, kene la tanye org, kang org tulis len aku tulis len..baru padan muka.hahaha (perhatian: ni bukan la bermaksud ak x perlukan rakan2 k..im still human.not machine)

"SAYA tahu siapa SAYA" di mata kamu!
saya sukakan awak. atau ok la..perkataan sweet sket..cinta (eh~ ke aku da salah ejaan.ha3) tapi maaf. saya rasa saya perlu lebih mendiam diri kerana saya rasa saya belum layak. belum ada duit sendiri, belum ada kerjaya, belum balas jasa mak bapak (walaupun aku tak mampu balas semua.hu3), dan saya tahu..saya percaya pada jodoh..and the most important is I DONT HAVE TIME FOR THIS BULLS**T


p/s: luahan petang selasa before cuti raya cina~ha3

Tuesday, January 18, 2011

2011Revolution

Assalamuailaikum..mari menebas lalang~ zrasss2..hahaha.

lame x hapdate blog.. macam tajuk kat atas, tujuan aku update blog ni ialah sebagai mendedahkan plan aku yang dipanggil “2011Revolution”... ape ni? Hahaha..name je gempak. Padahal nak cerita azam 2011 je pun. Walaupun da terlajak dekat setengah bulan. Tp atas dasar “ape aku kesah” aku nak wat gak post ni. At least sebagai ingatan kepada diri sendiri ataupun bole jadi modal untuk rakan2 menganjeng apabila xtercapai
ok. 
Drum rolls~ kite mulekan..
No 1: love
I never talk about this bullshit again. Tu je..no comment..at least ntuk sem ni..sem depan len cter..ha3

No 2: Banyak mendegar dari berkata
Azam yang xpernah tercapai.. orang kate mulut aku jahat..xpe la..sem ni aku nak cuba jadi pendiam..or kool ala2 macam aku yang dulu..sbb orang kate salah satu source dosa yang besar kat manusia ni dari lidah kan..so, ape tunggu lagi Faiz, Sila jaga mulut anda.. Dulu cikgu aku pernah cakap, kita manusia diberi 2 telinga dan satu mulut sbb tuhan suruh kita banyak mendengar dari berkata.

No 3: Perjuangkan satu isu
Ak ade satu isu tersembunyi untuk diperjuangkan..ha3..kite tunggu dan lihat. Untuk pertama kalinya aku nak gunakan ke”laser”an mulut aku ntuk something. Ak nak perjuangkan isu ni sampai ade pihak yang ak panas.ha3

No 4: http://ziaf.net
Ini mega project aku untuk 2011, ak nak kumpul dalam 4 atau 5 org blogger tegar sebagai dalam project ni. Ak baru dapat 2. Org len macam x sanggup je.xpe2..berkat kesabaran.ha3. aku rase projek portal ini mungkin berat sket since aku da tercampak ke dalam neraka dunia (disclaimer: ini ayat mok, aku tulis je). Tp xpe..demi minat aku dalam web designer.

No 5: errrr...cukup a 4 dulu..nnt ak update la..tggu mimpi dapat idea ape.ha3


Friday, December 17, 2010

menghitung hari 2011

salam~ hari ni dah separuh bulan 12...maksudnya dalam x sampai setengah tahun lagi kita akan masuk ke 2011..hmm..bagi aku 2011 ade beberapa plan besar..antaranya http://ziaf.net. ziaf ialah singkatan kepada "Zon Informasi, Aktiviti dan Fakta" selain tu, ziaf gak ialah nick name yang selau aku guna..hehehe..kool ek?

hmm..singkatannya ak nak jadikan ziaf.net ni sebagai portal  komuniti untuk Uitm Puncak Alam. aku nak update pasal segala aktiviti kat sane. selain tu bole gak rasenye nak bukak ruang iklan untuk rumah sewa or bisness student

sebenarnye ak da purchase dah domain ni. dari sempoihosting.net. murah je beb, domain rm40 setahun..untuk hosting lak..ak x sure nak amek mane..tengok keadaan dulu..rasenye nak amek www.000webhost.com.. diorang claim lagi bagus dari paid hosting..xpe..kite tengok dulu

hmm...selain tu gak..ngan simpanan x seberapa, ak nak beli sebuah DSLR, ak da tgk beberapa model ntuk noob cam aku. tapi lom decide lagi model ape..heh. rase macam nak kerja part time pun ade gak sem depan..tapi tengok jadual dulu. rase macam banyak free..tapi ntah le.

p/s: aku rase ni la projek mega aku untuk 2011. sebab memandangkan tahun depan aku free kan..(free tu double meaning..ha3. :p )