Tuesday, June 14, 2011

RAGE!: pejadahnye ban internet download wei!

 

Hallo! its been a while aku tak menulis. lame gile kot. Kali ni aku tertarik nak tulis pasal isu pihak terbabit yang ban internet. aku rasa langkah ini bodoh dan sia2.nak tahu kenapa? ok..baca satu2

1) Internet ialah salah satu medium untuk hiburan

dulu orang ade jugak kata, kemunculan TV dan VCD adalah zaman penamat untuk pawagam. tapi tengok lah zaman sekarang cinema still bertambah tiap – tiap tahun. kesimpulan kat sini, orang ramai tak kisah untuk bayar untuk tengok benda yang betul - betul bagus. tengok la movie kat USA, still boleh dapat untuk ratus2 juta walaupun cetak rompak or torrent or whatever betul2 berleluasa. tu kat negara liberal beb.. yang memang bebas.tengok pulak macam mana CGI, stunt and yang paling penting modal and market diorang. Diorang buat cerita untuk market international. memang gila punya. Bukan setakat cerita pondan 2 alam mati pastu target sampai mengarut2 dengan janji yang bullshit (ok, ignore this, die sorang je macam gini). kesimpulannya (dua kali simpul dah), orang tak kisah bayar untuk mende yang bagus.

tak dilupakan lagi, lembaga penapisan malaysia yang sangat komited dalam menjalankan tugas. diorang tapis filem 18sx sampai bole jadi tahap U. yang ni aku tak kisah sangat. mungkin korang kate unsur – unsur 18sx memang patut potong. tapi camne pulak dengan 18sg dan lain2. lembaga penapisan masih menganggap perkataan “fuck” sebagai offensive dan semua mak bapak patut tutup telingan anak diorang dari dengar perkataan ni. aku pun x paham ape yang offensive sgt “F” word tu

2) Perbuatan yang sia – sia

Malaysia negara membangun beb, bukan macam 20-30 tahun lepas, internet tu bukan bende yang asing lagi. aku percaya, pihak tersebut takkan berjaya sekat hal ni. komfem ade hacker yang boleh bolos dan diorang akan share teknik tersebut. setakat nak bypass pergi website2 tu, apa sangat la kan.untuk pengetahuan rakan – rakan. dah ada dah cara nak bypass. tapi taknak la tulis sini sebab copy paste kerja orang lain kan, lagipun aku bukan hacker.

tapi nah aku bagi keyword sket “DNS to bypass Malaysia internet block” (google ni taw.komfem dapat..jgn gtaw org ye :P)

3) Hak Asasi Manusia

“Internet ialah hak asasi manusia”. jelas tertulis kat piagam PBB. tapi ok la.. pastu dalam perlembagaan negara nak apply pulak akta. Kenapa baru sekarang? tak siapa tahu.sebelum ni ade iklan satu ISP internet, sorang tokoh tu ye ye je cerita kebebasan internet. bla3, itu ini, tapi sekarang ape dah jadi? communist style freedom?haish.

4) Tiada Syarat Dalam Berjual Beli

Dalam Islam tiada syarat dalam berjual beli. dengan download kat internet, bukan ada third party amik untung pun. sama macam beli dvd, bagi jiran pinjam. tapi kat internet jiran yang lebih ramai. part ni malas tulis banyak-banyak

5) artis yang patut ubah cara marketing sebab cetak rompak takkan boleh diatasi

aku tak percaya aku tulis perkara ni, artis kita patut contohi management artis korea (management je, artis diorang teruk gak, xde pun attitude baik sangat) dalam mengatasi hal cetak rompak. caranya ialah, dengan menjadikan artis itu sendiri sebagai produk. Kalau setakat jual album dengan satu je lagu hit.lain – lain tu lagu “cukup syarat”, ade ke orang nak beli album korang? xde dah. diorg mungkin boleh cetak rompak lagu. tapi x boleh copy bulat2 artis tu. dengan macam ni, artis (aku janggal guna perkataan ni sebenarnya) still boleh untung sebab diorang dah create fenomena. orang still beli album diorang, datang concert, beli merchandise dan lain – lain. nak banteras cetak rompak ni, sampai bila2 pun x boleh.

ban la internet. macam la sebelum ni cetak rompak ni xde. lepas ni lagi dasyat. percaye la.

p/s: pendapat peribadi, marah ni Steaming mad

Saturday, April 16, 2011

warkah untuk cik lala~

this is a fast n quick entry. ledakan emosi kata orang.

hai cik lala! aku tak taw ko bace ke tak.tapi harap ko bace. thnx untuk semua selama ni. memang betul ape yang aku pernah bace dulu. “persahabatan yang ikhlas akan kekal” tapi kalau setakat tujuan kita nak carik pengganti.kita bukan perlukan sahabat.kita perlukan manusia (yang ni olahan aku sendiri) dan thnx sebab sudi berkawan ngan aku saat aku perlukan rakan.macam biasa aku mmg manusia invisible kat mane2 pon.even kat dalam kelas sendiri.memang nature aku kot..ha3.ape2 pun aku mmg manusia yg rugi dan loser sebab sia2kan kawan macam ko. x deserve untuk dimaafkan sebab bukan sekali tapi bnyak kali. walaupun aku selalu baling paku kat ko. tapi ko lipat2 jadi bentuk bunga.bagi kat aku balik.siap reben lagi..(begitulah metaforanye). kalau aku kat tempat ko mungkin aku dah pukul je kot kepala muhamad faiz ni ngan botol sos econsave. kemudian masukkan dalam giant meat grinder dan jadikan makanan untuk ikan patin kat temerloh.

last skali, gud luck untuk exam atau apa2 yang anda buat ye. selamat meninggalkan alam persekolahan.aku je budak sekolah lagi. and…see you AGAIN later.

p/s: siapa cik lala? no one knows. aku dan die je yang taw.mungkin sekadar salah satu watak ciptaan aku je kot.

wow.new record.tulis entry dalam masa lima minit.tahniah.sekali lagi jari aku menaip dengan reflex.tanpa berfikir.im writing.not replying.sekian

EXAM is coming!

entry ini dedicated untuk rakan seperjuangan fisio uitm especially (HS224/6).bole la gak kot untuk sume yang nak exam.

Tuesday, April 5, 2011

Muhamad Faiz, apa yang terjadi pada anda?

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. lame gile x hapdate blog. ni kira update la ni. graf trafik pun dah rabak.abes la.komfem kene tarik balik tajaan.hahaha.xpe la.berikut ialah temubual bersama penulis (oren) dan mat rabak (merah)

kenapa anda tak update blog semenjak akhir2 ni?malas ke?

aku bukan malas.ade je sume post dalam draft tu.tapi sume tulis separuh jalan.not in mood la.lagipun busy segala nih.ingat ade time ke?

apa yang anda busykan?

Assignment, test, proposal, tuto”R”ial dan banyak lagi. selain tu tengah sibuk nak merapatkan diri kepada seseorang.

eitceh.tgk keje takde progress pon.kejap2 update facebook status, kejap2 dok tweet. btol ke ni?

ah, ko ape taw.keje aku.aku taw la.setakat men fb ngan twitter tu ape boleh buat.dah tabiat kan.tangan tu mmg xleh lari.haiyaa~

merapatkan diri kepada seseorang? explain lagi please~

ha3.rahsia la.ne leh gtaw.tapi budak tu budak fisio.nak masuk tahun akhir gak.enuff said.fullstop.

apesal ko nak sebok nak rapatkan diri pulak? orang sebok proposal la, nak exam la, ko sebok nak merenyam lak.

eleh.biar ah.kecoh.kan dah nak final year.mesti ar carik sorang. standard la.eleh.macam la x biasa.xde kepentingan ape pon. its an ideal time bak kate org jawa.eh.ek? ke salah?

macam la bole dapat~ yakin ke?HAHAHA

bole2.InsyaAllah.kite bila ikhlas.orang pun x berat nak terima.entah la.hati orang kan.bukan hati kita nak senang cakap.bukan macam math.buat ni outcome camni.x boleh nak agak.tapi xpe.kawan je dulu.bak kata dia.semua orang senang nak jadi kawan.tapi susah nak rapat.

haih.ko ni dah xde keje ke?

ade.assgmnt ni x siap lagi ni.long way to go.eh..bukan esaimen. tutorial.tapi maleh yg amat lak aih.menggunung maleh eh.

dah2.g buat keje.terima kasih meluangkan masa untuk temubual nih.gud luck yeah.

datang x jemput.balik x berhantar.dah blah2.jgn kacau aku lagi.syuh2

p/s: akhirnya aku pun menjadi gila.boring ah tulis blog macam biasa.camni nampak gempak sket kan.ala2 artis kaki gosip gitu.hahaha.

p/p/s: walaupun aku merapu.tapi isinya benar2 belaka.TQ

Tuesday, March 15, 2011

Rakyat Jepun Alami Kecelakaan, Rakyat Malaysia Macam Celaka

sebelum aku tulis lagi banyak.. tengok video bawah ni dulu.sila2

aku menulis ni bukan sebab politik.tp sebab aku geram.. ntah ape2 la. Jepun alami bencana kerana “Kelalaian negara Jepun melaksanakan pembangunan mesra alam”..eee..BODOH!. darjah 6 dulu kita da belajar.gempa bumi disebabkan oleh pergerakan plat2 bumi. ataupun kalo katekan skip darjah 6.dengan kemudahan sekarang setakat google je da taw. da la anggap diri tu orang penting Malaysia. jadi tolong la. jangan cakap ikut sedap. Jepun tu mmg sebuah negara yang sgt pentingkan alam sekitar. selain tu Jepun tu jugak terletak kat atas antara 2 plat… dari zaman samurai ngan ninja lagi da kerap da gempa bumi negara Jepun tu

lagi satu pasal artis (Fizz Fairuz) ngan surat khabar (Berita Hairan) yang bole buat lawak pasal hal gempa bumi ni. tak takut ke nanti kita jadi bencana macam ni.diorang buat lawak pasal kite. yang paling memalukan apabila CNN label Malaysia sebagai “Insensible Muslim Country”… Ya Allah hai. bayangkan la. malu tak malu. dalam keadaan nak mengatasi Islamphobia sekarang ni. ade lak statement dari luar macam ni. ntah bila la kita dapat atasi hal ni.

p/s: aku geram dengan sebahagian sifat rakyat kita yang tak sensitif langsung. mmg la tak semua tapi yang buruk tu je di highlight. apa boleh buat kan…

sekian entri pendek..ngah emo ni..rawr!

sumber video: TVselangor (Youtube), Facebook, Twitter