Tuesday, June 14, 2011

RAGE!: pejadahnye ban internet download wei!

 

Hallo! its been a while aku tak menulis. lame gile kot. Kali ni aku tertarik nak tulis pasal isu pihak terbabit yang ban internet. aku rasa langkah ini bodoh dan sia2.nak tahu kenapa? ok..baca satu2

1) Internet ialah salah satu medium untuk hiburan

dulu orang ade jugak kata, kemunculan TV dan VCD adalah zaman penamat untuk pawagam. tapi tengok lah zaman sekarang cinema still bertambah tiap – tiap tahun. kesimpulan kat sini, orang ramai tak kisah untuk bayar untuk tengok benda yang betul - betul bagus. tengok la movie kat USA, still boleh dapat untuk ratus2 juta walaupun cetak rompak or torrent or whatever betul2 berleluasa. tu kat negara liberal beb.. yang memang bebas.tengok pulak macam mana CGI, stunt and yang paling penting modal and market diorang. Diorang buat cerita untuk market international. memang gila punya. Bukan setakat cerita pondan 2 alam mati pastu target sampai mengarut2 dengan janji yang bullshit (ok, ignore this, die sorang je macam gini). kesimpulannya (dua kali simpul dah), orang tak kisah bayar untuk mende yang bagus.

tak dilupakan lagi, lembaga penapisan malaysia yang sangat komited dalam menjalankan tugas. diorang tapis filem 18sx sampai bole jadi tahap U. yang ni aku tak kisah sangat. mungkin korang kate unsur – unsur 18sx memang patut potong. tapi camne pulak dengan 18sg dan lain2. lembaga penapisan masih menganggap perkataan “fuck” sebagai offensive dan semua mak bapak patut tutup telingan anak diorang dari dengar perkataan ni. aku pun x paham ape yang offensive sgt “F” word tu

2) Perbuatan yang sia – sia

Malaysia negara membangun beb, bukan macam 20-30 tahun lepas, internet tu bukan bende yang asing lagi. aku percaya, pihak tersebut takkan berjaya sekat hal ni. komfem ade hacker yang boleh bolos dan diorang akan share teknik tersebut. setakat nak bypass pergi website2 tu, apa sangat la kan.untuk pengetahuan rakan – rakan. dah ada dah cara nak bypass. tapi taknak la tulis sini sebab copy paste kerja orang lain kan, lagipun aku bukan hacker.

tapi nah aku bagi keyword sket “DNS to bypass Malaysia internet block” (google ni taw.komfem dapat..jgn gtaw org ye :P)

3) Hak Asasi Manusia

“Internet ialah hak asasi manusia”. jelas tertulis kat piagam PBB. tapi ok la.. pastu dalam perlembagaan negara nak apply pulak akta. Kenapa baru sekarang? tak siapa tahu.sebelum ni ade iklan satu ISP internet, sorang tokoh tu ye ye je cerita kebebasan internet. bla3, itu ini, tapi sekarang ape dah jadi? communist style freedom?haish.

4) Tiada Syarat Dalam Berjual Beli

Dalam Islam tiada syarat dalam berjual beli. dengan download kat internet, bukan ada third party amik untung pun. sama macam beli dvd, bagi jiran pinjam. tapi kat internet jiran yang lebih ramai. part ni malas tulis banyak-banyak

5) artis yang patut ubah cara marketing sebab cetak rompak takkan boleh diatasi

aku tak percaya aku tulis perkara ni, artis kita patut contohi management artis korea (management je, artis diorang teruk gak, xde pun attitude baik sangat) dalam mengatasi hal cetak rompak. caranya ialah, dengan menjadikan artis itu sendiri sebagai produk. Kalau setakat jual album dengan satu je lagu hit.lain – lain tu lagu “cukup syarat”, ade ke orang nak beli album korang? xde dah. diorg mungkin boleh cetak rompak lagu. tapi x boleh copy bulat2 artis tu. dengan macam ni, artis (aku janggal guna perkataan ni sebenarnya) still boleh untung sebab diorang dah create fenomena. orang still beli album diorang, datang concert, beli merchandise dan lain – lain. nak banteras cetak rompak ni, sampai bila2 pun x boleh.

ban la internet. macam la sebelum ni cetak rompak ni xde. lepas ni lagi dasyat. percaye la.

p/s: pendapat peribadi, marah ni Steaming mad

Saturday, April 16, 2011

warkah untuk cik lala~

this is a fast n quick entry. ledakan emosi kata orang.

hai cik lala! aku tak taw ko bace ke tak.tapi harap ko bace. thnx untuk semua selama ni. memang betul ape yang aku pernah bace dulu. “persahabatan yang ikhlas akan kekal” tapi kalau setakat tujuan kita nak carik pengganti.kita bukan perlukan sahabat.kita perlukan manusia (yang ni olahan aku sendiri) dan thnx sebab sudi berkawan ngan aku saat aku perlukan rakan.macam biasa aku mmg manusia invisible kat mane2 pon.even kat dalam kelas sendiri.memang nature aku kot..ha3.ape2 pun aku mmg manusia yg rugi dan loser sebab sia2kan kawan macam ko. x deserve untuk dimaafkan sebab bukan sekali tapi bnyak kali. walaupun aku selalu baling paku kat ko. tapi ko lipat2 jadi bentuk bunga.bagi kat aku balik.siap reben lagi..(begitulah metaforanye). kalau aku kat tempat ko mungkin aku dah pukul je kot kepala muhamad faiz ni ngan botol sos econsave. kemudian masukkan dalam giant meat grinder dan jadikan makanan untuk ikan patin kat temerloh.

last skali, gud luck untuk exam atau apa2 yang anda buat ye. selamat meninggalkan alam persekolahan.aku je budak sekolah lagi. and…see you AGAIN later.

p/s: siapa cik lala? no one knows. aku dan die je yang taw.mungkin sekadar salah satu watak ciptaan aku je kot.

wow.new record.tulis entry dalam masa lima minit.tahniah.sekali lagi jari aku menaip dengan reflex.tanpa berfikir.im writing.not replying.sekian

EXAM is coming!

entry ini dedicated untuk rakan seperjuangan fisio uitm especially (HS224/6).bole la gak kot untuk sume yang nak exam.

Tuesday, April 5, 2011

Muhamad Faiz, apa yang terjadi pada anda?

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. lame gile x hapdate blog. ni kira update la ni. graf trafik pun dah rabak.abes la.komfem kene tarik balik tajaan.hahaha.xpe la.berikut ialah temubual bersama penulis (oren) dan mat rabak (merah)

kenapa anda tak update blog semenjak akhir2 ni?malas ke?

aku bukan malas.ade je sume post dalam draft tu.tapi sume tulis separuh jalan.not in mood la.lagipun busy segala nih.ingat ade time ke?

apa yang anda busykan?

Assignment, test, proposal, tuto”R”ial dan banyak lagi. selain tu tengah sibuk nak merapatkan diri kepada seseorang.

eitceh.tgk keje takde progress pon.kejap2 update facebook status, kejap2 dok tweet. btol ke ni?

ah, ko ape taw.keje aku.aku taw la.setakat men fb ngan twitter tu ape boleh buat.dah tabiat kan.tangan tu mmg xleh lari.haiyaa~

merapatkan diri kepada seseorang? explain lagi please~

ha3.rahsia la.ne leh gtaw.tapi budak tu budak fisio.nak masuk tahun akhir gak.enuff said.fullstop.

apesal ko nak sebok nak rapatkan diri pulak? orang sebok proposal la, nak exam la, ko sebok nak merenyam lak.

eleh.biar ah.kecoh.kan dah nak final year.mesti ar carik sorang. standard la.eleh.macam la x biasa.xde kepentingan ape pon. its an ideal time bak kate org jawa.eh.ek? ke salah?

macam la bole dapat~ yakin ke?HAHAHA

bole2.InsyaAllah.kite bila ikhlas.orang pun x berat nak terima.entah la.hati orang kan.bukan hati kita nak senang cakap.bukan macam math.buat ni outcome camni.x boleh nak agak.tapi xpe.kawan je dulu.bak kata dia.semua orang senang nak jadi kawan.tapi susah nak rapat.

haih.ko ni dah xde keje ke?

ade.assgmnt ni x siap lagi ni.long way to go.eh..bukan esaimen. tutorial.tapi maleh yg amat lak aih.menggunung maleh eh.

dah2.g buat keje.terima kasih meluangkan masa untuk temubual nih.gud luck yeah.

datang x jemput.balik x berhantar.dah blah2.jgn kacau aku lagi.syuh2

p/s: akhirnya aku pun menjadi gila.boring ah tulis blog macam biasa.camni nampak gempak sket kan.ala2 artis kaki gosip gitu.hahaha.

p/p/s: walaupun aku merapu.tapi isinya benar2 belaka.TQ

Tuesday, March 15, 2011

Rakyat Jepun Alami Kecelakaan, Rakyat Malaysia Macam Celaka

sebelum aku tulis lagi banyak.. tengok video bawah ni dulu.sila2

aku menulis ni bukan sebab politik.tp sebab aku geram.. ntah ape2 la. Jepun alami bencana kerana “Kelalaian negara Jepun melaksanakan pembangunan mesra alam”..eee..BODOH!. darjah 6 dulu kita da belajar.gempa bumi disebabkan oleh pergerakan plat2 bumi. ataupun kalo katekan skip darjah 6.dengan kemudahan sekarang setakat google je da taw. da la anggap diri tu orang penting Malaysia. jadi tolong la. jangan cakap ikut sedap. Jepun tu mmg sebuah negara yang sgt pentingkan alam sekitar. selain tu Jepun tu jugak terletak kat atas antara 2 plat… dari zaman samurai ngan ninja lagi da kerap da gempa bumi negara Jepun tu

lagi satu pasal artis (Fizz Fairuz) ngan surat khabar (Berita Hairan) yang bole buat lawak pasal hal gempa bumi ni. tak takut ke nanti kita jadi bencana macam ni.diorang buat lawak pasal kite. yang paling memalukan apabila CNN label Malaysia sebagai “Insensible Muslim Country”… Ya Allah hai. bayangkan la. malu tak malu. dalam keadaan nak mengatasi Islamphobia sekarang ni. ade lak statement dari luar macam ni. ntah bila la kita dapat atasi hal ni.

p/s: aku geram dengan sebahagian sifat rakyat kita yang tak sensitif langsung. mmg la tak semua tapi yang buruk tu je di highlight. apa boleh buat kan…

sekian entri pendek..ngah emo ni..rawr!

sumber video: TVselangor (Youtube), Facebook, Twitter

Friday, March 11, 2011

persepsi: “May the best man win” dalam percintaan

Assalamualaikum semua.dan hai blog! da lame da membiarkan jari2 aku menari atas keyboard little mary ni. dalam suasana petang yang agak2 kelam ni.sambil menunggu giliran mandi dan melayan lagu Bahgia by Hujan, aku nak share sesuatu yang lama berbuah di benak aku. “may the best man win”: siapa yang tak pernah dengar ungkapan ni kan.selalu digunakan dalam persaingan antara manusia (sebab aku baca man dalam phrase ni bermaksud manusia, bukan lelaki). tp paling kerap sekali orang akan guna phrase ni dalam percintaan.and..i really fuckin hate that. sumpah tak suke ataupun budak2 sekarang tulis “ta suke”.(HAHAHA).

KENAPA AKU TAK SUKA?

sebab aku x suke la..ha3..xde la..mesti la ade reason.macam selalu. okeh. aku malas cerita banyak.korang try bace cerita ni.

CERITA A

cerita ini dimulakan dengan kisah sepasang kapel. mat A ngan Minah B. diorang ni mmg kapel yang sgt2 sweet….bak kate orang suwwwiiit sgt~ ha3. mmg diorang ni kapel yang memahami la..pening sakit sume taw je. saling mencukupi.pendek kata A x cukup.B tambah.mmg perfect la..pastu pada suatu hari, muncul mat C yang sgt hensem, romantik dan bla3. si B jatuh hati pada mamat ni…semunya jadi xkene. last2 terkebil2 la mamat A ditinggalkan Minah B akibat ke”perfect”an mamat C

CERITA B

cerita ni nyer setting kat afrika.korang pernah dengar x alpha cat? alpha cat ni ialah kepala kepada satu group singa atau dubuk. diorang ni paling kuat dan yang akan mempunyai pasangan. yang laen xkan ade can. katakan dubuk jantan A dan dubuk jantan B ni da sampai musim carik pasangan. mana2 pasangan yang akan lebih kool atau kuat akan dipilih oleh sang betina.

Compare la dua cerita ni. dapat persamaan? x dapat baca lagi 2 3 kali.x dapat gak.xpe la

mende ni pernah jadi kat aku. bukan la gf pon.tp da rapt2 da..n aku pun da bgtaw da perasaan aku kat die.aku suka sgt kat die. tp disebabkan dia ada yang lebih baik.aku nekad je la..babai babe. he3. aku bukan la uncivilised mammal yang akan berebut pasangan…lagi pun xpe.satu hari nnt akan ada yang akan suka aku pada siapa aku.xyah nak munafik2

p/s: sepanjang join ngan junior kat kem terendak ni.ade sorang yang menjentik hati aku. tp xpe la.aku xnak dulu.abaikan dulu.kamon faiz! anda boleh! tp azrul jahat.die nak jugak

p/s/s: aku harap xde gay yang masuk bog ni bising2 aku compare binatang ngan manusia. itu analogi je. abes tu dengan apa aku nak compare lagi? selipar? selipar pun ade pasangan.kalo x suke.sile pangkah.TQ

Sunday, February 27, 2011

Kisah Pak pandir, Leman dan air sirap

ok..da lame x merapu… ni ade citer best yang sekadar perkongsian je. tp still something yang bole buat aku tersenyum..ha3 (dan gelak) . kisah bermula begini…

pada satu petang ahad yang permai, burung2 pun berkicauan. tetibe phone aku digegarkan oleh satu msg. “purse saya hilang” aku pun… owh okeh.suruh la die pegi buat apa yang patut, repot polis ke, kol bank ke, pastu die kate.xpe KIV dulu. sebab da lekat notice. aku tanye die kata duit belanja sume ade. lesen pun ada fotostat. so xde la ape nak risau (at least dari apa yang dia kata). tapi dalam banyak2 khazanah dalam purse die. mende yang die paling risau ialah gambar ex die. aku pun x taw la nak komen ape. just OOOO je la. macam biasa aku buat.hahaha

sehari lepas tu purse tu pun dijumpai..Alhamdulillah… tutup cerita

pastu ade lak lagi sorang mamat ni. aku tanye. kenapa ada orang simpan gambar ex or bf/gf dalam wallet ek?

dia cakap, ala.saje nak wat pandang bila rindu2…lagi pun bila ada gambar orang rasa dekat sket kita dengan orang tu.

owh. nape x letak gambar mak bapak je?

la..da xde gambar mak bapak. gambar gf jadi la..ok la tu dari xde… kan3

aku pun dalam hati. ok la kot

OK! FINE!

aku buat2 terima jawapan ko

tapi belum habis, cuba bandingkan pulak dengan kisah ni. pada satu petang yang panas, Leman yang baru balik dari kuliah berkata pada Pandir yang ngah bz kat dapur

Leman: Pandir, tolong bancuhkan sirap jap..haus arr

Pandir: okeh. xde hal

(selepas beberapa minit)

Leman: wei! nak bunuh aku ke! masin gile sirap ko!

Pandir: ala..ape bole buat. gula da abes.

Leman: abes tu yang ko letak garam kenapa?

Pandir: SEBAB GULA DAH HABISLA!! TAK RETI BAHASA KE!!!???

so kesimpulannye, jangan la bagi jawapan xde kaitan langsung. ntah ape2.

p/s: aku x pernah wat letak gambar2 kat wallet ni. letak kat pungkoq (housemate ajar aku perkataan ni). pastu duduk atas gambar tu kan..he3..tp apa pun tu masing2 punya cara.

Friday, February 25, 2011

lokasi surau kat shopping complex di Malaysia~

Assalamulaikum sume~ korang pernah x hampir2 terlepas waktu solat sebab x jumpe surau..buat kaki2 shopping sekalian. ni saya nak share sket lokasi2 surau. shoping tu shopping gak beb. tuhan jangan lupe.sekarang musim petir.hahaha

PAVILION

lokasi surau di Pavilion ialah di tempat letak kereta B2. surau pavilion sangat tip top. sejuk giles dan bertaraf 5 bintang lah. arrangement teratur. and kain telekung bersih. suka pergi surau Pavilion. ;)

dekat tingkat 5 pun ada jugak suraunya. tapi sy x penah pergi lagi. nnt sy nak explore. ;)

KLCC

lokasi surau di KLCC ialah di floor bawah sekali. Akan melalui Cold Storage dan ade KFC di sebelah kiri, Guardian di sebelah kanan. terus sehingga jumpa ATM dan belok kiri. surau di KLCC ini luas dan selesa. telekung dah memang tersedia dia atas sejadah so lepas amek wudhu' terus ke tempat sembahynag dan solat. mudah! ;) ada cermin besar untuk betulkan tudung. ;p

MID VALLEY

aha. MID VALLEY ini ade banyak surau. 1st of all, surau terletak di dalam Jusco bawah sekali, akan lalu sebuah farmasi di sebelah kiri, dan jumpa pos office. belok kiri dan terus. Voila! surau di situh dan luas juga. ;)

lagi satu surau ada di tingkat 3 if i'm not mistaken. terletak di stationary part, Jusco. surau di situ sempit sahaja. boleh muat 4 orang. ;(

IKEA

lokasi surau di IKEA ialah di sebelah cafe atas. so, selepas makan meatball, solat di sebelah cafe jep. ;)

ONE UTAMA

haaa. OU ni ade new wing. so surau dia terletak di new wing kot. dekat dengan GSC. tapi sebelah Public Bank ATM. sebelah kedai cenderamata SnJ. ade lagi lokasi lagi satu. sy tak sure tapi dekat old wing kot. dekat dengan FOS. masuk dalam sikit. ada surau. ;)

SOGO

surau sogo terletak di basement kereta selepas cold storage tu. korang turun lagi satu floor. surau kat situ. dulu surau dia sempit. tp sekarang dah luas siket. n selesa. ;)

TIMES SQUARE

ahah. oke. times square surau dia terletak di tingkat 6 bagi lelaki dan tingkat 7 bagi perempuan. err, tepat dia wet. sebab xde karpet. ade karpet pun, basah lencun sebab dekat dengan tempat ambil wudhuk. ;(.

SACC MALL SHAH ALAM

terletak di tingkat paling atas. dekat basement, luar. ;)

SUNWAY PYRAMID

teringat pulak kes sesat2 cari surau. oke, sunway got 2 surau-s. satu di sebelah Popular and Miss T. surau kat sini pun luas jugak. sejuk. grrrr. satu lagi dalam jusco. sy penah pegi ke surau jusco sekali sahaja. tempatnya sempit muat 1-2 orang je. ;(

IOI MALL

surau dekat dengan ruang legar aka the centre of attraction. nnt korang akan jumpe KFC and Pizza Hut. so keliling2 tuh, ade satu jalan kecik dekat dengan public phone and Maybank ATM.masuk sikit dalam tuh, n belok kiri. ade surau lelaki n perempuan. ;) yang lain sy tak pasti. hehe

PASAR SENI/CENTRAL MARKET

lokasi surau di pasar seni ialah di rooftop. masuk je, anda akan melihat satu tangga. naik tangga itu, belok kanan. terus seingga jumpa satu pintu. keluar dari pintu itu, jalan sikit, voila! jumpe!

sumber: syahirul.net facebook fan page

Wednesday, February 23, 2011

Persepsi: Kita dan Sunnah Rasulullah SAW

assalamualaikum

MuhammadurRasulullah-1

sempena sambutan Maulidul Rasul yang baru je lepas minggu lepas, aku nak kupas sket tajuk kat atas ni. sebagai umat Islam, memang kita memandang tinggi kepada rasul kita. Pesanan dan tabiat Rasulullah turut menjadi ikutan dan tauladan kepada kita. Tapi, dalam keadaan hari ini. kita boleh tengok beberapa tabiat orang kita (Melayu Islam) yang mempunyai tabiat berbeza – beza dalam penghayatan sunnah Rasulullah S.A.W kita (selawat ke atas nabi)

1) Mengikut secara membuta tuli

terdapat golongan yang main ikut je tanpa penghayatan. Sampai dah jadi macam follow member pulak. kita ni manusia, x lari dari kesilapan. mungkin akan berlaku masalah komunikasi dalam beri maklumat. Dapat2 zaman sekarang ni banyak sangat timbul ajaran2 sesat dan juga jarum jarum haus Yahudi. jadi berjaga2 la kita dan elok untuk kita ikut sesuatu sunnah tu dari satu sumber yang betul dan diyakini. Macam2 boleh jadi akhir zaman ni. Kemudahan internet pun dah ada sekarang. ustaz2 pun da banyak yang ada FB dan forum. so tak menjadi masalah kalau kita nak mendapatkan kepastian dalam hal2 seperti ini.

2) Ikut separuh2 atau “double standard”

yang ni memang banyak. antara contoh yang paling glemer dan selalu berlaku dalam masyarakat dan drama melayu ialah ikut sunnah nabi ketika berkahwin. Pastu mesti isteri jawab', “owh, nak kawin ikut sunnah nabi. nak beramal x ikut pulak”. Banyak lagi sebenarnya, bagi aku dengan buat macam ni sebenarnya kita bukan IKUT sunnah nabi tetapi lebih kepada MEMPERGUNAKAN sunnah dan nama nabi dalam mencapai apa yang kita mahu. bagi aku juga, ni salah satu bentuk penghinaan kepada nabi dan sunnahnya. renung2kan lah ye

3) salahguna

yang golongan yang paling dasyat dalam banyak2 golongan. contoh golongan2 yang camni ialah kaki2 multi-level marketing (MLM) yang mempergunakan hadis nabi. diorang kata sunnah nabi 9/10 rezeki datang dari berniaga. tapi sebenar nak pancing je tu. diorang buat skim piramid yang ntah ape2 pastu cakap berniaga. last2 yang kene tipu orang kita jugak.sadis2… ni memang lagi dasyat dari golongan yahudi. jarum dalam daging dan kadang2 yang lebih sadis, peneraju MLM tersebut ialah bukan orang kita. ape nak kisah beb! kerajaan pun x amek kisah.

ni lah antara golongan yang menjatuhkan mata orang islam di mata orang kafir… ini la benda yang pernah dikatakan oleh Raja Petra (http://malaysiakini.com) “musuh orang islam ialah orang islam itu sendiri. inilah golongan yang perlu kita perangi sebelum melawan musuh islam diluar sana”. cuba kita fikirkan bersama2 ayat beliau ni

p/s: aku bukanlah orang alim yang berserban serta ilmu tinggi di dada. tapi again. its just my perception. korang cuba la fikirkan apa yang aku cakap kat atas tu

Tuesday, February 22, 2011

aku dan ziaf.net

assalamualaikum…

sape2 yang baca blog ni perasan x? URL blog ni kat atas tu da ade domain sendiri~ ha3…bukan lagi http://zerolution.blogspot.com. tp kalau korang masuk ikut adress kat atas die still lagi redirect kat sini.

blogging

semuanye bermula minggu lepas… selepas 2 pos aku “persepi: perempuan xreti masak???” dan  “persepsi: pilihanraya kampus 2011”, seorang blogger yang agak lama gak dalam dunia blogging ni kata,"wei, aku suke penulisan ko. xnak commercialized blog ko ni ke?”. aku jawab xde duit nak beli domain ngan hosting..dan secara x semena2 die ingin “menyapot” aku dalam dunia blogging. sebab die kata die memerlukan anak muda berpemikiran rebel dan lawan arus dari semasa. orang sekarang pn ramai wat blog..tp mencopy paste.

die tengok layout blog aku pastu die cakap…bagus dah ni. HTML basic da ade.ko blaja kat mana2 ke? aku pn jawab..xde lah.x penah masuk kelas coding pun. die pun kate..komfem ah, ko pilih satu nama domain yang ko suke. aku pn dengan pantas pilih la domain impian aku ziaf.net tapi lepas2 tu aku terfikir… kalo amik ziafcabi.net lawa gak kan..tp xpe lah. da dapat domain free. sapu je la. ha3.

begitu la kiranya. saya mendapat tajaan domain untuk setahun. selepas setahun baru la dia decide nak tambah lagi ke tak.

sekian,

p/s: nampaknye aku kene tulis banyak mende2 yg bole impress penaja aku la lepas ni..sob3.. selamat tinggal dunia personal blogging~

Monday, February 21, 2011

Tutorial: Anda benci Facebook Photo viewer yang baru? kami ada cara~

assalamualaikum again sumer

okeh, korang perasan x cara facebook view gambar yang baru. Ramai yang tak suka pembaharuan Facebook yang ni termasuk lah aku.

habis wall mark zuckerberg kene conteng sebab memanga cara view ni menyusahkan. kadang2 bila kita click untuk gambar next caption jadi tak selari

ok.. ada 2 (dua) cara untuk disable theatre viewer ni. yang 1st simple je. korang refresh je banyak2 kali. nnt dia hilang. click refresh kat browser atau tekan je F5 banyak2 kali

cara yang kedua, korang boleh install je extension yang kat bawah ni. simple. beberapa click je dapat restore balik yang dulu

berikut ialah link beberapa developer yang buat extension ni

Better Facebook (kat sini ada untuk browser lain)

Facebook Lightbox Killer (for Chrome)

Old FB Album extension (for Chrome)

sumber: google.com (mane blog orang putih ntah) men google2 je..hahaha

Sunday, February 20, 2011

Persepsi: Pilihanraya Kampus 2011

hola~ musim pilihanraya kampus..korang perasan x? time ni mula la orang tag nama kita kat calon2 kat FB nung..mula berkempen..kat kampus mula gantung poster sane sini…bersepah2..kalo tetibe kampus ribut lagi la haru dibuatnye…kesian makcik cleaner kene kutip segala..hadoi..

tujuan aku buat posting ni bukan lah untuk nak angkat atau condemn mana2 calon yang bertanding..ha3..tp aku nak bgtaw sket view aku mengenai pilihanraya kampus..
1) masih relevankah?
cuba kita tengok sekarang, ade kat certain2 IPT sebelum pilihanraya lagi previous MPP, lecturer atau pihak HEP telah mengangkat calon feveret diorang… mengikut cerita underground pulak, pemilihan MPP bukan 100% lagi pemilihan dari pelajar sebenarnya. kalau la dakwaan ni tepat…kuasa memilih pelajar bertambah limited..lagi satu..pernah tgk gamba ni?
182684_154603934592961_100001300670562_264920_4171307_n
gambar ni diambil dari sebuah IPT terkenal yang pihak IPT tersebut mengambil langkah untuk menganggu press conference oleh group proM. suara pelajar mmg limited… tak relevan lagi da MPP ni weh… mmg kita duk bawah telunjuk depa je la (admin IPT). xyah la susah susah bersuara kalau ending macam kat atas ni..
2) punca pergaduhan dan masam muka
sekarang ni pilihanraya kampus bukan macam dulu… dulu masing2 akan angkat manifesto sendiri… xde attack2 orang..sekarang ni akibat terpengaruh dengan situasi politik semasa… calon2 MPP kita yg terpengaruh mula memburukkan orang laen… come on geng..x baek lah camni. xdenye nak bawak mati nye gelaran MPP tu sampai nak buruk2an orang. tolong lah jaga adab berkempen. bersederhana lah ye..agak2 bak kata orang. korang nak menghadap bukan sehari… sepanjang pengajian tu~
3) proses pengundian
korang rase proses pengundian tu telus sangat ke ek? kebanyakan yang pergi mengundi tu bukan ikut sgt kempen… pergi mencukupkan syarat je…datang.pangkah.balik… untung lah calon2 yang dalam list duk kat atas2..orang pangkah mana nampak dulu… men hentam je..student2 kita sekarang banyak mende nak kejar berbanding nak pangkah untuk pilihanraya.diorang bz beb… ada tu x turun mengundi pun… and YES! im one of them.
4) pembaziran
yang ni x payah cakap… yang untung nant tokey2 printing and photostat… mmg la x banyak mana n ade IPT yg membekalkan dana kepada calon… untuk berkempen..ade yang wat poster banyak giler..sepanjang corridor…ade yang wat nama kat lereng bukit (peh! dari helicopter bole nampak beb!). ade yang wat button (ni yang bajet lebih la). selain tu ade gak pembaziran tenaga n masa…kamon beb! kite ni student. dapat2 lak pilihanraya selalu tengah2 sem. musim ngah melambak assgmnt n quiz… pastu, korang mest cakap kan..abes tu ko tulis blog ni x buang mase la? hahaha..post ni nak buat 15 minit je beb… rase nak tulis aku tulis… aku malas save sambung esok. x dilupakan kawan aku pernah balik berkempen pukul 2 3 pagi gantung poster dan esoknye ade test.

cukup la 4 point..ade lagi..tp tulis bukan best pn post panjang2… sebagai penutup aku nak tunjuk sket kat status2 kat FB pasal pilihanraya kampus ni...

pilihanraya 1

tgk status kawan aku tuh..masih mengumpul “LIKE” dari rakan2… nampaknya bukan aku je yang terfikir macam ni

pilihanraya 2
okeh..yang ni lak…cuma luahan hati dari seorang pelajar  tentang suasana kempen yang macam mnyusahkan…

kepada kawan2 kat atas sori sebab publish status korang tanpa kebenaran… aku suke amek camni sebab ianya jujur dan bebas… TQ again

p/s: this is not an attack..just a perception..and yes..im not voting for tomorrow… bek aku wat assgmnt yg bapak tinggi menimbun2 dan membaca jurnal2 yang makin hari makin bertambah

p/p/s: post ni bukan bermakna MPP x buat kerja ye..again: its just my perception

post tagging~

thnx cik fatin tag and paksa aku jawab! hahaha

1.upload wallpaper anda laptop yg anda gunakan skrg..
Untitled-1
2.cerita pasal gambar
ni gambar kat rumah baru di masjid tanah..aku suka gambar ni sebab ni antara experimentasi aku dan photoshop…bagi certain orang mungkin akan fikir gambar ni noob gler..dan xde ape yang menarik…
3.upload wallpaper sbelum ini

4.cerita pasal gmbar
gambar ni?  mest la phostoshop lagi..wahahaha…bermain dgn photoshop ni best… kalo kite x penah masuk kelas pn boleh terer kalo rajin godek2
5.knapa anda tukar wallpaper laen?
sebab ade photoshop artwork yg len…ha3
6.sudah brape lame anda guna lptop anda itu?
aku ade 2 laptop, Big mary and little mary… big mary untuk heavy punye work and little mary for blogwalking and assignment
7.ape anda buat setelah selesaikan tag ini?
nak siapkan next post… and assgmnt (wtf?)
8.ape tjuan anda buat blog?
tempat nak share view dunia dari mata aku… tempat nak tulis… xde gf kan..ni la GF ak..ahaks~
9.bpe kali smggu anda update blog?
tiap2 kali ade isu untuk dibantai dan dpikirkan
10.tag 4 org
- ayio kun
- alip apai
- norliyana ibrahim
- wan fadhilah
11.ape yg anda tau tntg mreka
-rakan blogger di alam maya~ ade gak classmate
12 .5 pkataan mgenai diri anda
-kalo aku x suke sumpah xsuke
-benci asap rokok
-this blog is my best fren…..selepas da hilang semuanya
-alergik jiwang
-x romantik

p/s: arrrgghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

Saturday, February 19, 2011

The art of trolling 1:hujung minggu yang bosan

hai sume~ korang pernah dengar tak..the art of trolling.. okeh. maksud trolling ni korang google la sendiri..tp sebenarnye sesuatu yang menarik untuk diamalkan… walaupn akan mengundang kemarahan dari certain orang..aku buat ni sebab nak hilangkan tensen..tensen2 sangat nant orang kate senang nek jerawat..hahahaDevilDevilDevilDevilDevilDevilDevilDevilDevilDevilDevilDevilDevilDevilDevil

oh ye: klik gambar ntuk lebih jelas

#1 – sape ntah

troll 1

ha3..sori beb..aku mmg alergik org berjiwang2 kat fb ni..hahaha..kepada saudari di atas..maaf ye

#2 – insan kecewa

troll 2

yang ni xde la ape sgt pon..tp still aku suke ngan reaction die yg seolah2 mati kutu..hahaha

#3 – cinta songsang

troll 3

yang ni xde ape sgt pn..aku taw niat sebenar nak tunjuk kita sayang rakan..tp saje je wat2 misunderstanding (featured: pemburu ilmu..hahaha)

#4 – bomoh

troll 4

yang ni pun xde ape..cume pangkah directly on face..hak3

#5 – cat lover

troll 5

ha3..jahat giler aku..orang ni rindu kucing ddie..aku wat men2 lak..xpe2 aku faham perasaan rindu kucing camne

#6 – Bukan troll

bukan troll

ah ni bkan troll..ni sugesstion aku kat hujan..tu jek.. hahahaha..saje letak..iklan jup

p/s: bnyak lagi..tp x sampai ati nak upload..korang patot try men trolling2 ni… best..tp kene pandai dalam menjaga sensitivity la ye… nak pangkah orang tu agak2..jgn nnt masam muka lak bile jumpa kawan kawan kita..pada mereka2 diatas..sori..malam itu saye x chat..Smile

Friday, February 18, 2011

Persepsi: Perempuan tak reti masak??!!

OPOCOT!! oi gile ke main jerit2..ha3..
Assalamualaikum sume~ tajuk kat atas ni agak hot la..tp da lame da..jadi tabiat aku untuk wat post pasal somthing bile mende tu da suam2..baru la bole panjang2 kan isu..he3..
memasak..apa itu memasak, memasak ialah kemahiran menghasilkan, membuat atau menghias makanan YANG BOLEH DIMAKAN (ziaf,2010). ade orang kate memasak ni satu skil yg essential atau wajib untuk kaum hawa.. bagi aku pulak..skil memasak ni xde la wajib..at least x sewajib kemampuan seorang lelaki menjadi imam. tu lagi penting beb. bahtera kita bersama ke syurga.InsyaAllah.. okeh! straight to the point..kenapa persepsi aku kata tak perlu sangat
1) perempuan sekarang bukan macam dulu
kalo dulu..kecik2 lagi da kene tenyeh ngan mak.. “ko ni xyah blaja tinggi2..nanti da besar ke dapur gak”. so xleh nak wat pe la.mind setting turun temurun…tapi itu dulu.. sekarang ni pulak ade family yang kite tengok isteri lebih tinggi pangkat dari suami..sama2 pergi keje..same2 penat..same2 tanggung..kan sweet camtu..ek3?
2) bile mase lak memasak tanggungjawab perempuan?
bila seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan,maka semua tanggungjawab berkeluarga terletak pada bahu lelaki itu.dari memasak sampai la pada kebajikan keluarga,menjaga anak semuanya tanggungjawab suami. ustaz ape ek cakap aritu..tanggungjawab wanita ialah melayan suami SAHAJA..tp aku taw perempuan melayu kite xde la kejam nak pass semua kat suami ka..ha3..same2 bertanggungjawab.walaupun suami bertanggungjawab membahagikan tugas kepada ahli keluarga.kan bahagia kalo wat same2.
3) masak sendiri lebih puas (apllicable to anyone)
kepada semua2 xkire la sape2… laki ke pempuan..try la masak sendiri..lebih menjamin kepuasan.. aku kalo datang mood rajin lagi suke masak sendiri..tp wat mase sekarang agak bz dan xde idea nak masak ape..aku start moto g kedai je..ha3. kadang2 tgk lauk kat kedai tensen je..amek ayam seketul da rm5..padahal rm 5 tu tambah sket da bole dapat sebelah ayam da..kepada lelaki2 try la masak sendiri.. memasak nak best bkan perlu bakat pn..dtg melalui pengalaman.ade certain lauk bole men campak2 je da siap dan sedap.
4) manusia tak perfect..kurang satu ade yang lebih..x caye sudah
katekan la pempuan tu mmg x reti masak..die mmg akan ade kelebihan laen..xcaye? aku percaye~ bak kate lecturer aku..bini die pandai pilih kedai..ha3..xpn mungkin die x pandai masak..tp pandai buat kek..yang ni pn aku selalu jumpe..ok ape..xyah la memilih sgt..ingat perempuan komputer ke..semua mest ade da siap dalam programming kene terer masak. btol x kawan2~
p/s: apehal aku punye tulis ni da macam pakcik2 bg nasihat kebahagian rumah tangga ni? xde ah! its just my perception after all..saje terasa nak tulis… sebab lelaki suke gune topik ni bantai perempuan..jahat2

5 keajaiban dalam kehidupan seharian kita

Assalamualaikum semua.. kalian sedar tak. kat keliling kita ade banyak perkara yang ajaib..tp kita semua ego tak nak mengaku diorang ni amazing..bagi aku..ni antara 5 perkara paling “megik” dalam hidup aku

1)Facebook

kita guna facebook hari – hari..aku kamu dia mereka..semua guna..tp kita perasan tak proses yang terlibat dalam facebook ni..paham? xpaham? okeh..contohnye begini..housemate kita post status yang kelakar tahap lembu..kita click “LIKE”..tahukah anda..keseluruhan proses tu macam ni..bile kita click like..data akan bergerak dari laptop kita terus pergi kat router. pastu dati situ akan ke server ISP kita (contoh TM Malaysia). pastu akan travel beribu2 batu ikut kabel bawah laut atau satelit terus ke salah satu daripada 20000 server FACEBOOK kat US (lokasi rahsia). data tu di proses oleh server (part ni tanye budak IT..he3). pastu notification tu bergerak balik ke laptop kawan kita yang berada x bape langkah je dari kita. walaupn benda tu simple tapi sangat kompleks..amazing kan?

2) Petroleum

tahukah korang..dari zaman dinosaur dulu.. dinosour2 tu mati sebab cuaca yang ekstrem dan meteorit or whatever.. pastu tertimbus bawah tanah… selama berjuta2 tahun.. jadi bangkai, pastu jadi fosil pastu last2 jadi petroleum (berjuta2 tahun tu!)… kemudian manusia jumpa, buat satu oil rig or pelantar minyak, sedut, hantar kat pusat penapisan dan last2 masuk dalam kereta or motor kita dan habis kita bakar dalam seminggu..kagum tak?

3) seni & cetak rompak

kita tengok orang wat cerita atau filem punya la susah2..ada yang makan setahun..ada yang makan 2 3 tahun.. tapi tokey cetak rompak cuma amek seminggu untuk copy-paste-burn untuk wat illegal copy dan sampai kat kita, kita cuma ambik masa lebih2 3 jam untuk habiskan..dasat gile..kerja bertahun untuk kepuasan penonton selama beberapa jam..

4) Drama Indon a.k.a sinetron

sekarang ni Malaysia demam sinetron..sampai selalu aku pun terpaksa berebut remote sebab nak tgk mythbuster..sinetron ni ape yang best nye pun aku xtaw..orang kata x suke tengok cerita melayu sebab jalan serita yang typical..aku tgk sinetron same je..sedih2 sampai ending.kadang2 dah boleh agak..pastu lagi satu orang cakap cerita melayu berjela2..wtf? aku tengok sinetron tu lagi la..episode x maen belas2..maen ratus..ha3..contoh INTAN = 120 episode..gile ko!!hahaha. banyak gile tu..so kesimpulannye aku kagum camne boleh demam sinetron dasat cenggini..

5) merajuk

perempuan merajuk lelaki kene pujuk..tp katakan la kalo lelaki merajuk (just in case..lelaki pun manusia). jawapannye senang..awak lelaki..mana boleh merajuk..dan kemudian diabaikan sehingga lelaki kene pujuk balik..ha3..kalo lelaki jenis kayu or malas pujuk..berlarutan la selama beberapa hari or mungkin makan minggu. bergantung pada cuaca dan mood.hak3

p/s: okeh..aku tulis sebab aku rase mende2 kat atas sesangatlah “emezing”.xde niat nak attack sape2 ok

Wednesday, February 16, 2011

Cool Giler: Windows Live Writer

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..euww~ geli aku nak skema2 ni..hahaha..ok..arini aku ade mende yang serius cool ntuk di share kan kepada sape2 yg sudi membaca blog aku ni..aku pn x abes explore ag software add-ons dari Windows ni.

okeh..windows live writer ialah sebuah software yang bagi aku merupakan satu kurniaan Bill Gates kepada semua penulis blog. menulis dalam live writer ni ibarat terus tulis dalam blog orang.

ok 1st sekali download kat sini http://bit.ly/hrgcRQ.. kat cni nnt akan ade button download. download button ni bukan untuk window live writer je..tp ade gak 2 3 tepek mende len sebab die dalam bentuk update. untuk windows pirate aku x sure bole ke x.sebab aku pakai ori..he3

seterusnye install je n installation ni akan makan masa sikit (Bergantung pada kelajuan internet korang) kalo kene berukband makan separuh jam gak la.

okeh. pastu aku nak cerita 5 mende best nape kene guna live writer

1)menulis atas blog trus

bagi aku ni satu feature yang penting..sebab kita akan taw jarak yang seswai sama ada terlalu panjang or terlalu pendek sebuah post kite..kita boleh gak bajet2 jarak antara perenggan

2)picture upload made easy

korang boleh directly upload gamba kat blog.bole wat watermark trus. bole tilt gamba (macam kosmo selalu wat tu)

tengok bawah ni

Untitled-1

okeh..dalam gamba kat atas aku ade wat 3 mende..aku letak watermark, aku tilt dan aku letak effect ala2 bayang2. kat bawah tu.

3) photo album on the go

kalau sebelum ni aku wat album kat blog ni aku guna facebook. lepas ni tak payah lagi da..dengan satu account windows live aku leh create album kat sky drive..

4) Boleh tulis blog walaupn x payah internet.

sebelum ni kalo tetibe aku xde internet..tp nak update blog, aku terpaksa la tulis pakai word..tp kalo tulis pakai word setakat tulisan bole la. gambar camne? hmm..dengan ni..aku boleh tulis siap2 pastu upload je trus. bile ade internet. click je publish terus siap untuk dibaca.

5) plugin yang best.

banyak plugin yang korang bole download kat cni http://bit.ly/hJwSyG ia sangat sesuai untuk korang yg masih kurang mahir untuk bermain dengan coding2..contoh macam aku.he3..xde la noob abes. bole la sikit..aku yakin masa depan nanti mesti akan ada orang develop lebih banyak plugin. contoh macam button like kat atas tu

p/s: ape2 pun kita masih memerlukan lagi style penulisan masing2 untuk menarik orang baca blog kita..hadoi..dan aku masih belum jumpa sentuhan emas itu..

Thursday, February 10, 2011

The Untold Story about Miss Syafiza Othman

ini cerita tentang my-past-but-not-ex gf..miss Syafiza Othman..suke bace.x suke diam okey


cerita bermula begini..sewaktu aku form 3 dan tinggal di asrama ..oleh kerana kemalasan aku untuk membaca subjek geografi dan sejarah..mak ak pun dengan apply kat pihak admin sekolah untuk kasi aku tuisyen kat luar. aku pun ok je la. ikutkan aje hasrat mak bapak walaupn time tu aku rase macam akan mengorbankan petang jumaat aku..huh~

mase tu dalam bulan 2 tahun 2004 kot..bermula la rutin tuisyen petang jumaat aku. aku pn x ingat sangat. dengan skema2 kayu lagi. masuk kelas.time tu sejarah (3.30 - 4.00) and geografi (4.00 - 6.30). mesti la kayu. budak baru kan..niat masuk  kelas 1st of coz la nak belajar je..da kelas ke 2 3 baru niat laen timbul..hahaha

ok..ape kaitan dengan tuisyen ngan tajuk kat atas..kat cni la aku jumpe sesorang yang agak mengubah sejarah hidup aku sket (sejarah gelap beb~certain2 orang je taw.yg taw diam!). Itu la die cik syafiza othman. ataupn cik sya..semuanya waktu kelas ke berapa ntah..aku duk seblah die..time tu hujan..cikgu sejarah..datang lewat sket sebab die drive dari melaka (alasan x logik..tp tu la die ok! ak x ubah cerita). dapat la sembang jup ngan minah ni..awal2 sembang aku rase cam bese je..time tu aku x rapat sangat ngan pempuan (budak pempuan kelas sendiri pun x abes kenal..hahaha). time ni baru blaja2 kawan ngan perempuan

dijadikan cerita..kami makin rapat..dapat2 time tu da mula zaman student pakai phone..jd makin senang la perhubungan.time duk hostel slalu gak aku fly jumpe makcik ni..da sampai bulan 10..tibe la mase dinantikan..PMR..he3..time form 3 taw je la..PMR ni biggest thing in ur life (ala..macam la x penah hadap kan..hahaha)..lupe nak dinyatakan..kami berlainan sekolah..memang jumpa kat tuisyen je la..tp die ni ok..dalam kelas mmg concentrate abes..wa tabik same die.walaupn duk seblah aku..mmg mata die kat depan..(sekali sekale men2 mate n senyum2 tu bese la kan..hi3)

ok..sambung balik cerita..pas PMR..tuisyen pn da tamat..macam kite sume bese lalui..lepas tu mula la g sekolah macam xde ape..datang demi attendence semata2..aku time skola aku g sekolah..budak bek kan..tp lepas waktu sekolah..xyah tunggu ag..fly without wing la..ha3. pas PMR heaven ma~ nak pikir ape ag

pastu tiba la time result..PMR..aku time tu kat KL..ikut family..takut nak amek result.. sebab g umah makcik kat klang n jalan2 skali..tp rugi beb..sebab time tu ak dapat straight A. aku msg la cik sya ni..x reply2..huh..kompius aku..ape kene la makcik aku..tp aku ngan die ni mmg x men kol2..die x suke..mmg x angkat kalo aku kol pn..agpn ak pun mmg tabiat x suke gayut..buang mase n kredit.. esok tu baru la makcik ni reply..gtaw die sedih..aku ingtkan punye la sedih sgt..dapat teruk sgt...rupanya dapat satu B. subjek x penting lak tu (taknak sebut)..cet~ sedih macam la langit runtuh..aku pn mmg x reti handle org2 time gni..so biarkan je l

lepas 2 minggu..semua jadi cam bese balik (makcik ni mmg x kac aku pujuk die..sbb die kate xyah..buang mase pujuk pempuan..bile kool..die ok la..ha3.thnx miss sya..really applicable). tapi time ni jarang jumpa dah..sebab cuti sekolah kan..

lepas tu dapat lak berita buruk..seminggu b4 skola aku dapat taw aku x dapat masuk asrama sebab kantoi aku selalu fly..komfem ade mulut busuk yang gtaw..cisss! tp sebenarnya hal ni aku da taw da seminggu b4 cuti..kene panggil kat bilik pengetua..ak ngan 2 kawan lagi..(hayat and amri)..best fren tu..fly same2..ha3.kitorang kene buang asrama..tp bole wat rayuan kemudian...

tp ade hikmah gak..sebab dengan ni bermula la episod aku sebagai pelajar luar asrama..ulang alik balik rumah nek bas..tp xpe..takkan balik terus kot..kan bole jumpe2 dulu..hahaha..time tu sekolah kitorang dekat2 je..selalu la dapat jumpe..sbb die mmg nek bas balik rumah die kat area2 dekat2 gak..(kawasan dirahsiakan..hahaha).

dipendekkan cerita..lepas 3 minggu sekolah aku dapat surat tawaran ke asrama penuh...bukan aku je..die pun dapat..walapn kitorang berpisah sekolah..die ke sekolah peremuan, aku ke sekolah lelaki. tapi kisah ape pn..memang da kitorang len2 sekolah pn..so muktamad la..aku di selatan..die di utara..dengan senang hati kitorang berpisah..time ni asrama penuh..dengan x bawak henset so perhubungan jadi ssah..so..time ni yang jadi perhubungan ialah friendster...tiap2 jumaat b4 g semayang jumaat mest singgah jup cc untuk reply msg..ha3..ssah gler time tu..

pejam celik pejam celik...da abes 2 tahun..kitorang masing da abes SPM dengan result yang bole la..aku dapat 8 die dapat 7..cam bese..pas dapat result sedih macam la langit nak runtuh..punye la taksub ngan result SPM..bukan la aku nak kate x penting..tp berpada2 la..ape yg dapat tu dari yang usaha sendiri kan..btol x rakan2?hahaha

aku pn meneruskan pelajaran kat sebuah kolej matrikulasi kat malaysia ni..die pulak pilih nak amek diploma kat satu universiti..time ni jarak tak berjauhan..and time ni pun da bebas menggunakan phone semula..kitorang still contact..

seterusnya, da lame2 gni..timbul la perasaan sayang..(aku admit mmg perasaan ni da lama da sebenarnya). kami pn ber kapel2an..ha3..x relevant ar perkataan ni lagi..ha3. kitorang pun berubah lah..dari status kawan ke status lebih sket..segalanya ok..tp sbb kitorang da bese kawan..so hari2 seterusnya tetap macam kawan..kitorang selesa camni..

dipendekkan cerita lagi..satu hari sewaktu aku kat matrik kitorang berselisihan faham..gaduh dekat seminggu beb..gler ahh..1st time dalam 3 tahun..ha3..aku pn cam bese la..pujuk pun xmintak maap pn x..sebab berpegang dgn ape yg dia cakap dulu..sile refer  atas ye.. seminggu..aku ok lagi..masuk 2 minggu..rase len macam..3 minggu..rase x best

last baru aku dapat taw..bdak ni eksiden rupenye..aargghhhh!!! rase bersalah la plak..time tu die ICU..tp aade gak kate kuar masuk tukar wad bese..time tu aku x amek ANP ag so xdapat la aku specify ape condition die sebenarnya..dapat melawat sekali la kot...pastu..die meningal n aku rase x best sangat..adoyai

so kesimpulannye..selepas ape yang terjadi..bile sampai satu tarikh..aku mest jadi tawar hati ngan rase xbest sgt2..btw, da 2 tahun kot x g kubur die..ape leh wat kan..duk puncak alam..jauh nak balik melaka..tp xpe la..mane2 pn doa aku tetap sampai kat die..

AL-FATIHAH

p/s:lame da cter ni dalam draft aku..tp rase cam x perlu nak post..sampai la ade seseorang yang suro..ag satu..ha..gambar..xyah la letak gambar org da mati..xelok..kan3~

Thursday, February 3, 2011

Bukit Tinggi oh yeah~

hai~

setelah puas pergi praktikal masing2 di seluruh malaysia, dan ditambahkan lagi ngan assignment yg kejam (ak taw ramai yang akan setuju ngan aku),
kitorang tanpa memikirkan apa2 pergi bercuti kat bukit tinggi.. ok, keseluruhannya bukit tinggi sangat best..tempat yang lawa..cuma satu je kureng..cuaca x berapa best..basah je (malaysia negara tropika kan, nak expect ape ag kan)..

pastu pergi lak ngan geng2 yang best, geng2 HS224/6 (woaa~ buat ombak..he3)..macam2 mende best yang ade..dari russian roulette (yang ni aku x layan) sampai la ke makanan buffet western yg umphh dan merosakkan diet he3.

ok..hari 1st, sabtu, sampai2 je..pukul 12..pergi kat ladang arnab..kat cni la memasing men2 arnab ngan excited nak garu kepala keldai.hahaha. selepas sejam ataupun selepas "separuh memori kamera" kemudian, kitorang pn terus ke tempat tido (COLMAR TROPICALE)..dapat check in satu bilik je (hahaha..23 orang dalam satu bilik..ha3..sardin) sebab sampai awal kan..kul 3 baru dapat check in lagi 3 bilik.

ok. kat cni aku dapat tengok ke taksuban mereka terhadap cter hindustan.hahaha..siap bertekak2 teka ending..xpe la.janji gelak2..best ape..ni la aktiviti 1st kitorang.

pastu petang, nak jalan2 pn kureng sebab cuac lembap. terpaksa la g men indoor. ni 1st time aku men archery. seronok gak la..at least aim aku tak off target. xde kene siling or kepala instructor. pas maghrib men bowling, cam bese..saya raja longkang.adoiyai. malu tol. mule2 ingat nak men 2 game, last2 x jadi sebab nak balik nak kejar live show Russian roulette (WTF!!?? hahahaha).pastu hari tu berakhir dengan gelak tawa dan tamatlah hari pertama.

pastu hari kedua, dimulakan dengan sesi jalan2 pagi ngan encik ferdaus..ingat nak tengok sun rise tp..x jumpe matahari..ha3.kabus tebal sangat. pastu baru balik bilik untuk mandi. sejuk gila babs. pastu jadual diteruskan dengan pergi japanese garden..sekali lagi..jadi x bape best sebab hujan..kolam ikan kap jepun jadi sangat keruh..ikan nampak kepala je..x best langsung.hu3..

da jalan2 lebih kurang..memori camera pn da nak full..balik la ke colmar..kat cni sumer wat aktiviti sendiri. ade makan2.ade tangkap gambar..pastu kul 3kitorang pn berangkat pulang melalui "jalan lain"(naim claim gini..die kate x sesat..hahaha)

ok.ast skali..click gamba ni untuk full album



p/s: already thinking of next vacation..ha3

Friday, January 28, 2011

muka lawa...tp...

assalamualaikum, salam pembuka bicara..wee~

amaran: post ini sesuai untuk mereka yang mempunyai mental yang kuat sahaja.hahaha. bahasa yang digunakan adalah tidak ditapis..
cerite bermula begini..pas maghrib td mak aku call

"along, balik hari ape, nek pe?"
"balik ahad kot, nek moto"
"ei..jgn la nek moto, jln sibuk"
"err..ok..tgk tiket la t ye"

aku pn pe lagi..siap2 pakai sweater harimau malaya yg baru aku perg semalam, start moto, jalan g Klang Sentral.. jalan jem segala tak payah cerita la..sendiri paham ye..ha3..jalan Meru mmg len mcm die pnye jem.

ok.diteruskan cerita, kita forward trus cerita ak sampai kat kaunter syarikat bas xxx

ak sampai je tgk sorang makcik tgh nak beli tiket

"dik, makcik nak beli tiket melaka, hari isnin ni"
"tarikh makcik"
"err..isnin ni.. la dik"
"TARIKH MAKCIK! TARIKH! kalendar depan mata tu. saya ade lekat"
"hmm..mak cik x reti baca la dik"
"hmmm..(mengomel2 cam sampah, kalo aku dengar da kene shoot da..he3)..ni ha.. 31 hb eh?"
"ye kot dik..tp mggu depan la"
"nah..RM17.00"

kesian aku tengok makcik tu terkebil2 ambik duit..kuang hajo tol pempuan tu..tp ak sabar je..wat xtaw

da sudah lepas tu aku sempat senyum kat mkcik tu..serius ak simpati gler..ak harap mak ayah aku da tua x payah nak nek2 bas mcm tu

ok.. skang main point...da sampai turn ak..ak niat saje nak repeat macam makcik tu cakap td

"assalamualaikum kak, sunyum (mmg ak sebut sunyum..bajet comel) sket"
"ye dik..nak ape?"

sambil die jeling aku..hahaha (dalam hati aku macam nak..tggu lame ckit)

"tiket g mane?"
"melaka, isnin ni"
"tarikh?"
"aaa..isnin ni" (sumph ak tahan gelak time ni)
"TARIKH dik TARIKH!!"
"aaaaaa....31...eh..jup...28 kot..kak kalender ni kecik la kak"

die jeling ku lagi.hahahaha

"err..ok..komfem kak 31 hb, melaka eh"
"hmm..RM17.00"
ak serah duit rm 50.. die bagi baki...sempat pulak angkat kol...xpe2 beb professional..sabo ag

last sekali..
die campak duit baki
aku ulang
die campak duit!! omg!! my pantang no 43. sorry babe, u have pull my trigger..hahahaha

"kak nama ape kak?" aku tengok kat kad nama die. pastu " oooo...cdknasd binti aksjdka...xde pn saya nampak nama bapak akak kat signboard counter ni...xyah la nak berlagak sangat..jual tiket je pon..aku bkan mintk ko layan kitorang ni macam raja pn..cukup la hormat sesama manusia.. jngan sampai sok kene makan kerusi..saya ni kire ok la..cakap2 je..huh~  ko tu xde la besar sangat..setakat single report dari customer je ko da bole kene buang...ko tahu siapa ko..pls la cuba respect org"..

aku amek duit..bla je trus

hahahahaha! ramai pandang...what the heck i care~ it just another drama kan..hahaha..melayu kn full dengan drama...

p/s: hahaha..padan muka ko pompuan..kuang haja sgt~

Monday, January 24, 2011

apa maksud phrase "SAYA tahu siapa SAYA!" di mata aku

hai!..er..assalamualaikum..hu3..da terbese..

"SAYA tahu siapa SAYA!"
ok! ape korg faham ngan phrase ni? bagi ak ade beberapa maksud..antaranye

"SAYA tahu siapa SAYA" disisi Allah
okey..yang ni aku tahu semuaa org dapat tangkap maksud ak. kita sebagai hamba Allah sepatutnya menjalankan semua perintah tanpa sebarang bantahan. jgn lawan tokey!hu3

"SAYA tahu siapa SAYA" dalam hati saya
okey. yang ni paling ak suke..dulu aku slalu pk ape org kata, ape org pandang ak, sekarang tidak lagi.ha3..ak tetap wat satu mende tu biarpu menentang arus. minat aku tetap minat aku. xde siapa bole tahan (well, faktor ekonomi xleh nak kate ape la -.-".hu3). aku tak peduli dah kata orang. cara aku tetap cara aku..kecuali la da mmg salah..hahaha..kalo wat gak tu namenye mintak pelempang. bagi aku kenapa nak ubah cara kita kenapa pandangan orang pastu end of the day.menyesal. x gune maa~

"SAYA tahu siapa SAYA" di mata masyarakat
yang ni lagi satu. pemikiran aku agak radikal. Tak suka bermaksud tak suka. aku akan tunjukkan sehabis boleh at least dengan jelingan mata (da habis lemah la tu..ha3). dan kalo da jahat macam aku ni, paham2 je la..kene la tahan feedback die. orang mest x suka pastu ngumpat belakang.ok fine! lebih2 pun orang akan cakap belakag 2 3 kali.pastu senyap balik, nak risau ape bro? lagi satu, dulu aku x suka orang tpu aku..sekarang? lantak kau la! kate da single tp maseh kapel (oppss~ terlebih suda.ha3) dan aku lebih suka bergantung pada encik google untuk segala persoalan..tp kalo da pasal assgmnt, kene la tanye org, kang org tulis len aku tulis len..baru padan muka.hahaha (perhatian: ni bukan la bermaksud ak x perlukan rakan2 k..im still human.not machine)

"SAYA tahu siapa SAYA" di mata kamu!
saya sukakan awak. atau ok la..perkataan sweet sket..cinta (eh~ ke aku da salah ejaan.ha3) tapi maaf. saya rasa saya perlu lebih mendiam diri kerana saya rasa saya belum layak. belum ada duit sendiri, belum ada kerjaya, belum balas jasa mak bapak (walaupun aku tak mampu balas semua.hu3), dan saya tahu..saya percaya pada jodoh..and the most important is I DONT HAVE TIME FOR THIS BULLS**T


p/s: luahan petang selasa before cuti raya cina~ha3

Wednesday, January 19, 2011

Puzzle Profile on Facebook

Hai! Ak ade mende best ntuk facebooker2 sekalian..eh..assalamualaikum..he3. korg pernah terbace kat kosmo tak? Pasal artis dari Paris yang buat puzzle profile tu..yang gambar sambung2..ak x dapat nak track balik kat kosmo..tp xpe..ni aku tunjuk aku pnye..
ni la...kool kan? hahaha
xpn kalo nak lebih jelas..sila lihat sini
ok tujuan kali ni ak nak wat tutorial camne nak wat mende alah ni...ahh..malas ah..len kali je la...nak show off jek..hahaha

bye~

p/s: sori miss sya....T_T

Tuesday, January 18, 2011

2011Revolution

Assalamuailaikum..mari menebas lalang~ zrasss2..hahaha.

lame x hapdate blog.. macam tajuk kat atas, tujuan aku update blog ni ialah sebagai mendedahkan plan aku yang dipanggil “2011Revolution”... ape ni? Hahaha..name je gempak. Padahal nak cerita azam 2011 je pun. Walaupun da terlajak dekat setengah bulan. Tp atas dasar “ape aku kesah” aku nak wat gak post ni. At least sebagai ingatan kepada diri sendiri ataupun bole jadi modal untuk rakan2 menganjeng apabila xtercapai
ok. 
Drum rolls~ kite mulekan..
No 1: love
I never talk about this bullshit again. Tu je..no comment..at least ntuk sem ni..sem depan len cter..ha3

No 2: Banyak mendegar dari berkata
Azam yang xpernah tercapai.. orang kate mulut aku jahat..xpe la..sem ni aku nak cuba jadi pendiam..or kool ala2 macam aku yang dulu..sbb orang kate salah satu source dosa yang besar kat manusia ni dari lidah kan..so, ape tunggu lagi Faiz, Sila jaga mulut anda.. Dulu cikgu aku pernah cakap, kita manusia diberi 2 telinga dan satu mulut sbb tuhan suruh kita banyak mendengar dari berkata.

No 3: Perjuangkan satu isu
Ak ade satu isu tersembunyi untuk diperjuangkan..ha3..kite tunggu dan lihat. Untuk pertama kalinya aku nak gunakan ke”laser”an mulut aku ntuk something. Ak nak perjuangkan isu ni sampai ade pihak yang ak panas.ha3

No 4: http://ziaf.net
Ini mega project aku untuk 2011, ak nak kumpul dalam 4 atau 5 org blogger tegar sebagai dalam project ni. Ak baru dapat 2. Org len macam x sanggup je.xpe2..berkat kesabaran.ha3. aku rase projek portal ini mungkin berat sket since aku da tercampak ke dalam neraka dunia (disclaimer: ini ayat mok, aku tulis je). Tp xpe..demi minat aku dalam web designer.

No 5: errrr...cukup a 4 dulu..nnt ak update la..tggu mimpi dapat idea ape.ha3