Showing posts with label chinta. Show all posts
Showing posts with label chinta. Show all posts

Friday, September 24, 2010

CHINTA by Norhayati Berahim - sinopsis chapter 71-80

hari raya makin hampir..adik2 chinta, faiz dan naili sudah pulang beraya ttp kakak mereka masih belum tiba..pada malam 2 hari sebelum raya, barulah chinta pulang ke kampung.segala persiapan sama seperti biase, cuma ada kejutan pada malam raya...jeng3..he3..akid dtg beraya kerumahnya..die yg risau dgn ayahnya berpakat dgn faiz supaya faiz mengaku yg akid ialah abg angkatnya..namun kemesraan chinta dan akid dpt dihidu oleh kamal..kamal meminta agar akid berjanji untuk menjaga chinta (bg ak bunyi mcm wasiat).akid tinggal di kampung itu selama 2 minggu.

setelah pulng ke pj, cerita akid beraya di rumah chinta telah tersebar dgn luas menyebabkan raja farah yg x semena2 mengamuk..part ni yg plg ak suka..akid memalukan raja farah dihadapan staf2nya..raja farah makin menyimpan dendam terhadap chinta yg dilihatnya sebagai pesaing..namun, bg org laen x nmpak mcm pesaing lgsg..obvious gler akid nmpak sukakn chinta.

beberapa mggu selepas raya (cerita raya dah tamat), chinta plg lagi kekampung sbg rutin bulanannya..sekali lagi kamal dah bertabiat org berwasiat..dia berpesan supaya chinta menjaga haknya..temasuk tanah yg sdg mereka duduki sekarang ( yg ak rase da terbagi kat rodin).

kemudian cerita kembali kepada saiful yg kini telah tidur sekatil dgn akma..akma kini telah membelikan dia sebuah rumah..yg sebenarnya terkandung dalam agreement saiful perlu membayar ansuran bulanan sendiri..ha3..padan muke kene tpu

abes sampai cni...da malam..stadi2

p/s: cerita novel ni best..walaupn ak cerita kelam kabut

CHINTA by Norhayati Berahim - sinopsis chapter 61 -70

kisah disambung dgn perangai pakcik kamal yang makin berubah. dia makin syg kepda chinta. dia sudah mahu mengikut chinta ke kuala lumpur selepas bertahun diajak oleh chinta..sekarang bulan puasa telah bermula, kamal bersemangat untuk menyediakan juadah kegemaran chinta iaitu dodol dan kuih bangkit (ak rase mcm kenal je sorg yg suke kuih bangkit..he3).

dlm part ni ada gak cerita raja farah menyerang chinta di makmal kerana cemburu dgn keakraban chinta dan akid walaupn terang2an akid tidak menyukainya. tetapi hal ini dpt dihadapi oleh chinta dgn rasional dan berakhir dgn aman..

sementara itu, saiful, tiba2 mengajaknya berjumpa dan menyebut ntuk meninggalkan chinta..dia mengakui hatinya dimiliki org laen..iaitu..Akma. chinta menerima berita itu dgn sgt sedih dan plg kekampung.

dalam masa yg sama, Akma mula menunjukkan sikapnya yg sebenar.iaitu suka mengarah2 lelaki. dan mula mengungkit yg dia ialah bos kepada saiful.org yg membayarnya gaji..die juga dilihat menggunak saiful ntuk membuat suaminya cemburu (akma masih belum bercerai ketika ini). mak bapak saiful pula telah mula dpt menghidu masalah antara saiful dan chinta.

semua hal ini telah memberi tekanan kepada saiful..dia sdah mula rasa mnyesal atas perbuatan dia meninggalkn chinta..akhir sekali, dalam chapter 70, chinta memperlawa akid ntuk beraya dirumahnya..kerana akibat kebencian kpd maknya..dia beraya di luar negara setiap tahun..

sekian dulu~ mandi yokk!

Thursday, September 23, 2010

CHINTA by Norhayati Berahim - sinopsis chapter 51-60

kisah bermula dengan akid yg menjadi x keruan apabila sering teringatkan chinta yg bersikap lembut dan mesra dengannya. namun perasaan itu hilang setelah die teringatkan sikap emaknye yg curang..die menganggap yg perempuan semuanya sama..membawa lelaki lain ke tempat tidur apabila ketiadaan suami.

dlm masa yg sama, hubungan Akma dan Saiful makin rapat..sikap Akma yg mengherdik org buta yg meminta sedekah di jalan masjid india sgt2 merentap hatinye..bodo nye pompuan..ha3..Akma juga membuat pengakuan yang dia telah berkahwin dan mempunyai seorang anak..hal ini menyebabkan saiful kecewa ttp harapannya kembali segar setelah mengetahui akma dalam proses penceraian..

plot makin rancak dgn part di mana kamal sdg memarahi seorg dlm telefon (ak sure tu rodin) mengenai tanah..dia telah menyerahkan tanah tempat rumah mereka (milik chinta) kepada rodin dan meminta die mengembalikannya. rodin lama tidak pulg kerumah sedangkan chinta yg bukan anak kandung mereka sering pulng dan bertanya khabar..

part ni ade gak menyebut psl raja farah yg gedik. die ialah sepupu kepada akid..dia cuba menawan hati akid yg tawar kepada mana2 perempuan (walaupn makin cair kat chinta)

cerita last sekali menyentuh raja haidar yg bertanyakan mengenai jodoh kepada akid..dia mahu akid berkahwin dan berkeluarga..maybe la..pendapat ak..raja haidar nak cucu kot..kerana kakak akid, yg kini telah berbaik dgn suaminya kini masih tidak mempunyai anak..

tamat dulu..tdo yey!

p/s:novel ni best balik..ak suke care novelis kaitkan character..mest die da wat profil ntuk sume character..sbb detail untuk smer watak mmg real



CHINTA by Norhayati Berahim - sinopsis chapter 41 -50

keakraban akid dan chinta makin rapat apabila mereka diitugaskan ke surabaya bersama (ak rase bapak akid saje je suruh diorg pg same2, sbb bapaknye suka chinta)...hati akid mula berdetik menyukai chinta, tetapi dia masih menyimpan dendam terhadap wanita..kesian..ish3

dalam masa yg sama, saiful pula makin jauh dengan chinta, dia mula membandingkan keduanya dan sering memenangkan akma ddlm perbandingan itu. dasar lelaki lupa diri...lupa yg chinta yg menjaga mak bapak die..he3..emo lak...last sekali saiful nekad untuk menjadi semakin rapat dengan akma dan menanggap itu satu hijrah dari baik ke yg lebih baik...pale otak die

selain tu, ade gak kisah mak yong terputus jari kaki kerana terkena sabit ketika menuai padi..die masih bertanyakan hal yg same, bila nak tukar nama tanah kepada nama Chinta

abes da~

p/s:obvious gler time ni penulis ngah xde idea...bnyak sgt konflik2 kecik yg x perlu...jalan cerita pn makin mendatar....

Wednesday, September 22, 2010

CHINTA by Norhayati Berahim - sinopsis chapter 31-40

Kisah bersambung dgn saiful yg sudah bosan dgn kerjanya sebagai juruaudit..nak dijadikan cerita, saiful telah berkenalan dgn seorg gadis lembaga pengarah remptnye kbtulan sdg mmbuat audit,Akma, hubngn siaful dan akma semakin hari semakin rapat dan perasaan bersalahnya mula timbul terhadap Chinta.

cerita seterusnya pula mengenai kakak Akid, Raja Zara yang tiba2 pulang ke malaysia dan mahu meminta cerai dr suaminya yg dikatakan sbgai mementingkan diri..ttp akid taw yg sebenarnya sikap kakaknya yg mementingkang diri yg membawa kepada idea ntuk bercerai itu..walaupan marah pada mulanya, ttp atas nasihat chinta, akid mminta maaf dan menunjukan sokongan kepada kakaknya.

sementara itu, di kampung, mak yong mendesak pakcik kamal ntuk menukar nama tanah yg diduduki mereka kepada chinta kerana tanah itu mmg miliknya. tanah milik kamal telah dijual sewaktu menghantar rodin belajar ke luar negara. namun sehingga kini rodin yg diharapnya mmg tidak berguna. seterusnya, rodin telah tiba2 pulang ke kampung, kamal mula menunjukkan kebencian terhadap rodin yg ternyata telah membuang mereka.

da abes takat ni..ngantok~ tdo ah..ha3

p/s: novel ni makin best..walaupn bnyak kutuk perangai perempuan..ha3

CHINTA - Norhayati Berahim (sinopsis chapter 21 -30)

Plot bermula dgn memperkenalkan ayah dan ibu Saiful (Mak cik som n pak cik daud) yang buta dan menyanyi di jalan masjid India. chinta mmg rapat dgn mereka semnjak dalam thun satu di universiti lg..kemudian cerita disambung dgn kisah odin yg x pernah nak menyenangkan hati mak bapak.rodin ada meminta sesuatu dengan ayahnya tetapi tidak dinyatakan.

Rodin telah pulang ke Malaysia dan telah berkahwin semenjak di tahun dua lagi dgn seorg teman sepelajarannya. rodin amat jarang pulang ke rumah dan menghubungi mak bapaknya melaenkan ada ssuatu ntuk diminta. Pak cik kamal pula sudah semakin lembut hati dgn Chinta setelah melihat anaknya itu penuh dengan kasih syg walaupn dilayan dgn teruk semenjak kecil.chinta juga telah membeli kereta sendiri

Chinta telah mula bekerja di kilang yang kini milik Raja Akid. detik perkenalan bermula apabila raja Akid meminta bantuan kerana rakanya yg pengsan. semakin hari mereka semakin rapat..selain itu, kawan Chinta, Candy, telah membuka klinik sendiri dikampungnya

part ni berakhir dengan Rodin memberitahu ayah bahawa chinta bercinta dengan org buta.tetapi mak cik molek menafikan kerana tahu hunbungan chinta dan saiful. Kamal mmberitahu dia tidak suka chinta bergaul dgn org yg tdak sempurna..

sekian ringkasan kali ini..he3

CHINTA - Norhayati Berahim (sinopsis chapter 11-20)

Plot bermula dengan Mak Yong, mak saudara Chinta menyerang Pak Cik Kamal kerana tidak memperdulikan lgsg kemahuan anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke asrama. pergaduhan kecil tercetus dan berkhir dgn Kamal pulang kerumah

Apabila dirumah, kamal menuduh Chinta mengadu hal tersebut kepada mak yong. chinta disepak, dilempang serta ditarik rambut sehingga lembik. penderaan tersebut terhenti setelah Candy, kawan Chinta tiba2 datang ke rumah. Chinta diselamatkan dan kemudian dibawa pulang oleh makyong.

Mak yong mejaga Chinta dengan baik selama 2 bulan.dia juga berazam untuk menyara pelajaran Chinta.sepanjang 2 bulan, Mak cik molek, Mak chinta, selalu dtg ke rumah mak yong ntuk memujuk chinta supaya pulang. Plot berakhir dengan tanpa keputusan.

kemudian cerita disambung dengan Raja Akid yg kini telah di tahun akhir dalam postgraduate study di luar negara. dia tidak mahu pulang ke malaysia akibat dendam dengan ibunya. Akid juga memarahi rakan rumah sewanya, Fikri, yg sgt playboy dan selalu membawa balik perempuan ke rumah sewa mereka.

Akhir sekali, cerita disambung dengan Chinta yg telah tamat pelajaran dan mempunyai teman lelaki, Saiful. Chinta telah berjaya mendapat pekerjaan di sebuah kilang di PJ (ak rase kilang Raja Haidar) sebagai researcher mkanan. kemudian cerita berakhir dengan Chinta tertanya2 mengapa Saiful tidak melamarnya walaupun telah mempunyai kareer yg stabil..

tamat setakat ini..sambung len kali..he3

Tuesday, September 21, 2010

CHINTA by Norhayati Berahim (sinopsis chapter 1 - 10)

Intro

first of all..credit to alip sbb kac ak pnjam novel ni..he3..org baru mule bace..ne de bajet nak beli sendiri..ha3..Hmm..ok..trus ke isi..mule2 impression ak agak geli.ak x paham nape tajuk Chinta tapi cover depan gamba lelaki..standard novel gni caver depan mest gamba pempuan ala2 muslimah gtu..he3..tp bak kate org putih "dont judge a book by its cover", ak pn...lantak ko la nak letak gamba ape..ak pn mule menyelak...jeng3



Sinopsis chapter 1 - 10

plot bermula dengan pergaduhan suami isteri di sebuah flat di kuala lumpur.kisahnya bermula apabila si lelaki memamarahi isternya kerana mengambil anak kecik yang masih bertali pusat untuk dijaga. anak kecik itu ialah anak kepada adiknya sendiri yang telah lari meningalkan keluarga ntuk bersama "qing ai de"(yang dicintai). die terpaksa meningalkan anak itu utuk ke luar negara mengikuti suaminya yang melanjutkan pelajaran di luar negara (x gtaw lak katne). kisah tergantung dgn si suami terperanjat dengan jumlah wang yang ditinggalkan oleh suami adiknya

kisah kedua mengenai Raja Akid (Melayu) yang berkawan dgn Jessie (india). Raja Akid ialah anak kepada Raja Haidar n Puteri Shima (bekas org gaji yg da dijadikan isteri tetapi lupa diri). Jessi pula anak kepada kamala (org gaji Mr.David) dan ayahnya yg juga driver mr.david. jessi ngan akid kawan baik..yang ak x paham camna akid ni bole hari2 makan kat umah jessi..dengan yakinnye..last sekali..kisah anak beranak ni tamat selepas akid taw yg shima kantoi dengan lelaki laen di bilik tidur mak dan ayahnye

kisah last pasal CHINTA..ak rase ni watak utama.maybe la..Chinta ni anak yang ditirikan bapak sendiri..bapak die nak sangat melebihkan abang sulung, RODIN yang xde la pandai sgt..masuk asrama penuh n pakai org dalam..mmg sgt dibezakan oleh ayahnye, pakcik Kamal. Kisah berkhir dengan  Chinta mendapat keputusan PMR straight A tetapi xnak masuk hostel sbb taw yg ayahnye xkan benarkan..comfirm

sekian dulu..he3..tggu ak bace ag seterusnye